TOKYO: Memantapkan agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara serta mengukuhkan Malaysia sebagai hab dalam industri halal global, merupakan antara fokus utama lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Jepun bermula Sabtu.
Lawatan kerja tujuh hari sehingga 23 Feb ini, yang merupakan kunjungan sulung Ahmad Zahid ke Jepun sejak pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI pada Disember 2022, jelas mencerminkan keutamaan Malaysia dalam kedua-dua bidang berkenaan yang mempunyai pasaran luas di peringkat antarabangsa.
Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Anwar Udzir berkata, menerusi lawatan tersebut, taraf latihan dalam bidang teknikal dan vokasional negara dijangka dapat dipertingkatkan.
"Lawatan itu juga dijangka memberi banyak peluang kepada syarikat Malaysia yang berminat untuk menceburi dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat di sini dalam industri halal di Jepun," katanya, sambil menjelaskan bahawa pemahaman mengenai sektor halal di negara berkenaan, masih boleh dikembangkan.
Pada masa sama, beliau berkata, Ahmad Zahid yang dijadual tiba di sini malam ini, dijangka menghadiri beberapa acara semasa lawatan kerja tersebut ke Tokyo dan Osaka.
Pada Ahad, Anwar berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan bertemu dengan penuntut dan diaspora Malaysia yang berada di 'negara matahari terbit' itu, dalam majlis ramah mesra.
Semasa lawatan kerja itu, Ahmad Zahid juga akan dianugerahkan Ijazah Kehormat dari Institut Teknologi Shibaura (SIT), Tokyo sebagai pengiktirafan sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun dan usaha dalam memartabatkan TVET.
Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Masahito Moriyama.
"Semasa pertemuan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, akan diberi taklimat mengenai pengurusan dan dasar TVET di Jepun. Pertemuan dan taklimat itu selaras dengan matlamat untuk menzahirkan Dasar TVET Kebangsaan yang dijangka dilancarkan pada Jun," kata Anwar.
Beliau juga memaklumkan, Ahmad Zahid akan menerima watikah pelantikan sebagai Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabangsa bagi Cawangan Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa memfokuskan promosi jalinan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan lawatan ke Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) bagi mempelajari sistem TVET Jepun yang boleh dicontohi, selain NEC Super Tower.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Perkongsian Inovasi antara MyDIGITAL Corporation dan Toshiba Digital Solutions Corporation bagi aplikasi teknologi data raya.
Semasa di Osaka, Ahmad Zahid dijadual menghadiri sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI) dan Sesi Meja Bulat: 'Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti.'
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia juga akan mengadakan lawatan ke Sanda Shokuniku Kosha Co., Ltd untuk melihat operasi pusat penyembelihan Jepun dalam pengeluaran dan pembekalan daging lembu halal.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, kunjungan itu merupakan lawatan peringkat tinggi yang pertama antara kedua-dua negara, sejak penaiktarafan hubungan dua hala Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Komprehensif Strategik pada Disember 2023.
Kenyataan itu menyebut lawatan itu menggariskan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor, demi manfaat bersama kedua-dua negara.
Sejak 2015, Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.
Pada 2023, nilai dagangan dengan Jepun berjumlah RM156.64 bilion (AS$34.39 bilion) yang merangkumi 5.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.
Sehingga Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun dilaksanakan di Malaysia, dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (AS$27.43 bilion), dan menyediakan pekerjaan kepada 337,758 orang.
Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan serta wakil institusi pengajian tinggi. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Memantapkan agenda TVET serta mengukuhkan Malaysia sebagai hab dalam industri halal global, merupakan antara fokus utama lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid ke Jepun bermula hari ini. - Gambar fail Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.