Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
"Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya," katanya.
Perdana Menteri dalam hantaran sama turut berkongsi beberapa gambar beliau meraikan Mirziyoyev dalam satu majlis makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, sebagai acara penutup kepada lawatan dua hari Presiden itu.
Mirziyoyev tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Presiden Uzbekistan bersama delegasinya berlepas pulang ke Tashkent pada 8.50 malam menaiki pesawat Uzbekistan Airways.
-- BERNAMA