SINGAPURA: Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef).
Abdul Rahman berada di Singapura selama tiga hari mulai 5 Mac 2023 untuk lawatan pertamanya ke republik itu dan bertemu Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen pada Selasa, menurut Mindef menerusi laman sesawang.
Semasa pertemuan itu, Dr Ng dan Abdul Rahman mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan erat antara Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta membincangkan kerjasama pertahanan mengenai cabaran bersama di rantau ini.
Beliau turut bertemu Panglima Pasukan Pertahanan Singapura Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Ketua Angkatan Laut, Laksamana Muda Aaron Beng selepas memeriksa Kawalan Kehormat di Mindef.
Abdul Rahman melawat Pangkalan Tentera Laut RSS Singapura-Changi pada Isnin, dan meninjau Frigate RSS Tenacious kelas Formidable RSN termasuk kemudahan latihan lain.
"RSN dan TLDM berinteraksi secara kerap melalui latihan dua hala, lawatan, pertukaran profesional, kehadiran silang kursus, serta melalui platform pelbagai hala seperti Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Rondaan Selat Melaka.
"Interaksi ini telah mengukuhkan persefahaman dan hubungan profesional antara kedua-dua tentera laut," menurut Mindef.
Sementara itu Dr Ng menerusi hantaran di Facebook mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan tahniah atas pelantikan Abdul Rahman sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang baharu.
"Kami membincangkan ketegangan yang semakin meningkat di rantau ini, dan mengesahkan lagi keperluan untuk hubungan dua hala yang kukuh, FPDA dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN untuk kestabilan. Kedua-dua tentera laut akan meningkatkan kerjasama," menurut catatannya.
Hantaran berkenaan turut disertakan foto lawatan Abdul Rahman ke negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Semasa pertemuan itu, Dr Ng dan Abdul Rahman mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan erat antara Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).- Foto FB Dr Ng Eng Hen

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih
Dua Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kapal LCS pertama akan berada di permukaan air Mei atau Jun depan
LCS yang pertama akan berada di permukaan air pada Mei atau Jun depan sebelum ia ditauliahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada penghujung 2026.

Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'
Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama.

Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.

Pertahanan negara 'insurans', pelaburan kerajaan hadapi situasi VUCA - TLDM
Pertahanan negara perlu dikukuhkan bagi menghadapi situasi keselamatan dunia yang dinamik dan sentiasa berubah.

Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS
Media sebelum ini difahamkan seorang bekas pengarah urusan syarikat berkaitan perolehan enam kapal tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk pertahanan Malaysia perlu dikaji semula agar ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara.

Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima
Aset pertahanan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih lagi mampu berfungsi melaksanakan operasi ketenteraan meskipun berusia puluhan tahun.

82 tahun penubuhan: TLDM kini tentera laut lepas bertaraf dunia
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pencapaian yang dinikmati TLDM hari ini adalah hasil kesungguhan dan komitmen berterusan semua warga agensi itu.