KUALA LUMPUR: Lawatan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan di sini, selama dua hari bermula Selasa, menandakan momentum interaksi positif baharu antara Malaysia dan Arab Saudi untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata kunjungan Putera Faisal itu menjadi bukti hubungan kukuh yang terjalin lama antara kedua-dua negara dan dalam mesyuarat dua hala, kedua-dua pihak sepakat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai aspek ke peringkat lebih tinggi.
Saifuddin berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama pada awal tahun depan, berfungsi sebagai platform dua hala menyeluruh untuk perundingan pelbagai sektor dalam pemulihan pasca pandemik, seperti perdagangan dan pelaburan, kesihatan, sosiobudaya serta urusan haji dan umrah.
Dalam kemas kini di Facebooknya, beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan Arab Saudi kepada Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.
Arab Saudi akan mengubah sumbangan satu juta vaksin AstraZeneca yang dijanjikan kepada Malaysia dalam bentuk sumbangan kewangan berjumlah USD5.25 juta
Kedua-dua menteri turut menegaskan komitmen untuk memupuk interaksi antara rakyat kedua-dua negara dalam bidang latihan dan pembinaan kapasiti pegawai awam serta dalam sektor pendidikan.
Turut dibincangkan mengenai persiapan musim haji 1443H dan Saifuddin berkata Malaysia berharap Arab Saudi akan mempertimbangkan pemberian slot tambahan untuk jemaah haji Malaysia musim ini.
"Mengenai isu serantau dan antarabangsa, kami bertukar pandangan tentang perkembangan global dan serantau, terutamanya isu di Ukraine dan Palestin.
"Putera Faisal dan saya berkongsi kebimbangan dengan situasi kemanusiaan yang teruk dan akan bekerjasama dalam memberikan bantuan kemanusiaan," katanya.
Lawatan Putera Faisal ke Malaysia bermula dengan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, diikuti dengan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Lawatan Putera Faisal ke Malaysia bermula dengan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu. - Foto Facebook
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Derma RM2.6 bilion tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi - Saifuddin
Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.