SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan para menteri republik itu memilih Menteri Kewangan semasa Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.
Pelantikan itu membuka laluan kepada Wong, 49, untuk menjadi Perdana Menteri Singapura berikutnya.
Lee yang merupakan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam laman Facebook rasminya berkata Wong menerima sokongan padu daripada kalangan menteri semasa proses rundingan yang dikendalikan oleh Pengerusi PAP Khaw Boon Wan.
Perdana Menteri berkata Khaw, telah memberi taklimat kepada para menteri petang tadi dan mereka mengesahkan ia sebagai keputusan kolektif.
"Pilihan itu kemudiannya dibentangkan dan disahkan oleh Ahli Parlimen Kerajaan pada satu kaukus parti.
"Keputusan ini adalah penting bagi Singapura. Ia akan memastikan kesinambungan dan kestabilan kepimpinan yang merupakan ciri sistem kami," tulis Lee.
Lee seterusnya menambah "hak untuk memimpin tidak diwarisi."
"Ia perlu diperoleh semula oleh setiap generasi pemimpin. Singapura akan sentiasa memerlukan pasukan yang kuat dan bertanggungjawab, dengan pemimpin yang boleh menyatukan orang lain dan mencungkil yang terbaik daripada setiap ahli pasukan.
"Saya yakin Lawrence dan pasukannya akan terus memberikan yang terbaik untuk Singapura dan rakyatnya," tulis beliau.
Dalam satu kenyataan penuh berasingan, Lee berkata: "Dengan keputusan itu, Perdana Menteri akan membuat pelarasan pada barisan Kabinet. Ini akan diumumkan dalam masa terdekat."
Sementara itu, dalam reaksi pantasnya, Wong berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab itu.
"Saya berterima kasih atas kepercayaan dan keyakinan rakan sekerja, yang memilih saya untuk memimpin mereka. Saya juga amat berterima kasih atas sokongan rakan-rakan Ahli Parlimen," tulisnya di Facebook.
Menurut Wong, sejak awal 1959, model kepimpinan politik Singapura tidak terhad kepada individu, sebaliknya melibatkan pasukan.
"Setiap daripada kita menyumbang, saling melengkapi, dan memberikan yang terbaik kepada Singapura," tulisnya.
Wong menyatakan rakan-rakannya dalam kepimpinan 4G saling berganding bahu untuk memerangi COVID-19.
Pengalaman dua tahun lalu telah mengukuhkan "kesepaduan dan tekad kami untuk mengurus Singapura menghadapi krisis ini dengan selamat dan yang lain," kata Wong.
"Adalah satu penghormatan untuk dipilih untuk memimpin pasukan ini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memikul tanggungjawab ini. Seperti yang kita sering diingatkan, hak untuk memimpin tidak diwarisi.
"Bersama-sama dengan pasukan 4G yang lain, saya akan terus berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan sepenuh hati, dan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan setiap warganegara," tulisnya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Pelantikan itu membuka laluan kepada Wong, 49, untuk menjadi Perdana Menteri Singapura berikutnya. - Gambar/ Reuters
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.