Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan bahawa layanan dan rawatan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, adalah mematuhi batasan yang ditetapkan Akta dan Peraturan Penjara serta dilaksanakan secara profesional.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
"Penempatan di sel klinik penjara, kemudahan-kemudahan yang diberi, termasuklah makanan tambahan adalah seperti mana syor yang dibuat oleh pegawai perubatan di atas kepentingan kesihatan Anwar," katanya.
Banduan-banduan lain yang disyorkan pindaan diet atau diet tambahan oleh pegawai perubatan akan diberikan makanan berkenaan seperti mana syor berkenaan, katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Penjara tidak pernah mengabaikan keperluan pemeriksaan dan rawatan kesihatan untuk Anwar.
"Setiap keputusan dan pengesyoran yang dibuat oleh panel perubatan dipatuhi. Ini termasuklah telah beberapa kali membawa Anwar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.
Katanya ini termasuklah pemeriksaan oleh pakar ortopedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya sepertimana yang dipohon oleh pihak Anwar sebelum ini.
"Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995 secara jelas menetapkan bahawa rawatan kesihatan untuk seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara untuk membawa seseorang banduan ke hospital kerajaan bagi tujuan rawatan lanjut," katanya.
Alwi menjelaskan berasaskan Peraturan 234, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, pegawai perubatan kerajaan yang memeriksa seseorang banduan boleh membuat pengesyoran lanjut untuk kepentingan kesihatan banduan terlibat.
"Berhubung dengan masalah bahu kanan Anwar sehingga kini Jabatan Penjara belum menerima sebarang keputusan daripada mana-mana pihak berkaitan bentuk rawatan atau pembedahan atau pakar yang dipilih untuk melaksanakan," katanya.
Alwi juga memaklumkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang sama juga akan diguna untuk kemudahan rawatan termasuklah rawatan pakar untuk mana-mana banduan lain.
Mahkamah Persekutuan pada Februari lepas memutuskan Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008 dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap ahli politik itu oleh Mahkamah Rayuan.
Bernama
Sat Nov 28 2015

ALWI: Setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mampu tampung 4 juta penumpang setahun
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setiap tahun apabila siap kelak.
AWANI Ringkas: Keselamatan produk berkaitan bayi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Framework kini memasuki arena komputer desktop
Framework Desktop mempunyai panel hadapan yang boleh diperibadikan dengan jubin plastik pelbagai warna.
Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati untuk ADMM 2024-2027
Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) hari ini mencapai kata sepakat untuk menerima Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.

'Guarantee letter': Perbezaan caj rawatan di hospital swasta perlu kajian terperinci - Timbalan menteri
Kajian terperinci perlu dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj rawatan hospital swasta antara pesakit yang menggunakan 'guarantee letter' dan mereka yang membayar tunai.
“Terlalu banyak perisa sampai BP pun naik” - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berpesan agar editor media berpada-pada memilih tajuk utama untuk menyampaikan berita.
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Nahas penuntut UiTM Dungun: Bicara kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Hakim membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk memindahkan kes Norizan Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan.

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Southwest Airlines batal pendaratan elak berlanggar dengan jet
Penerbangan Southwest Airlines terpaksa membatalkan pendaratan di lapangan terbang Chicago Midway pada Selasa bagi mengelak daripada berlanggar dengan jet perniagaan yang memasuki landasan tanpa kebenaran.

Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).

Layanan dan rawatan kepada Anwar di penjara dibuat secara profesional
Setiap aspek pengurusan seseorang banduan adalah berasaskan ketetapan Akta Penjara 1995 dan juga Peraturan-Peraturan Penjara 2000.