IPOH: Lebih 1,000 orang menyertai Program Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di sini, malam tadi.
Program berkenaan telah diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bersama isteri Datin Seri Aezer Zubin, barisan exco kerajaan Negeri serta ketua jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri.
Program yang berlangsung sekitar jam 9 malam itu dimulakan dengan bacaan Surah At-Taubah, ayat 122 hingga 129 oleh johan qari Tilawah al-Quran negeri Perak 2023, Mohd Kamaruzaman Daud.
Pengisian program berbentuk keagamaan itu diteruskan dengan alunan selawat dan zikir dendangan Kumpulan Qasidah Majelis Rasulullah dari Gerik, diikuti ceramah berjudul 'Mindset Tahun Baru' yang telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal.
Program berkenaan diadakan bertujuan untuk meraikan tahun baru, selain memperkasakan aktiviti keagamaan yang dilihat mampu memberi manfaat kepada umat Islam pelbagai peringkat di Perak. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
![Lebih 1,000 sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal Lebih 1,000 sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704229912_Ceramah.jpg)
Don Daniyal Don Biyajid (dua, kanan) menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Mindset Tahun Baru' pada Program BSAS Berselawat Bersama Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Peringkat Negeri Perak 2024, pada Selasa. - Gambar Bernama
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
![Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739413749_FadzliHassan.jpg)
Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![Lebih 1,000 sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal Lebih 1,000 sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704229912_Ceramah.jpg)
Lebih 1,000 sertai Program BSAS Berselawat Bersama Ustaz Don Daniyal
Program berkenaan diadakan bertujuan untuk meraikan tahun baru, selain memperkasakan aktiviti keagamaan.