KOTA KINABALU: Lebih 1,300 barangan aksesori wanita dan wangian terdiri daripada jenama mewah bernilai RM24,760.40 yang disyaki tiruan telah disita di dalam satu serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, kelmarin.
Serbuan membabitkan empat premis berlainan di sekitar Kota Kinabalu itu dijalankan dengan kekuatan anggota KPDNHEP seramai 25 orang.
Menurut pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, rampasan itu merupakan kejayaan kedua pada tahun ini selepas serbuan yang dijalankan pada Mac lalu.
"Ini adalah merupakan kejayaan kedua yang dihasilkan oleh KPDNHEP Sabah pada tahun ini. Sebanyak 437 barangan aksesori wanita yang terdiri daripada beg tangan, beg sandang, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, topi dan gelang jenama mewah yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan sebanyak RM10,573.30 telah disita di dalam serbuan di lokasi yang berbeza dalam daerah Kota Kinabalu dan Penampang di bawah Akta Cap Dagang 2019", menurut beliau.
Pada masa yang sama, Georgie menegaskan KPDNHEP akan terus memantau dan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.
Empat pemilik premis akan disiasat di bawah mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan.
Georgie mengingatkan para peniaga supaya menghormati harta intelek orang lain dan sentiasa menyemak status kesahihan dan ketulenan barang yang dibekalkan.
Para pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jun 15 2022

Serbuan membabitkan empat premis berlainan di sekitar Kota Kinabalu itu dijalankan dengan kekuatan anggota KPDNHEP seramai 25 orang.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Op Pantau: KPDN catat nilai rampasan lebih setengah juta ringgit
KPDN mencatatkan nilai rampasan berjumlah RM558,956 atas pelbagai kesalahan menerusi Op Pantau 2024 di seluruh negara sejak 12 Mac hingga semalam.

KPDN rampas barangan tiruan bernilai RM250,000 di Jalan Petaling
Sebanyak 2,505 unit barangan tiruan bernilai RM250,000 dirampas di sembilan premis melibatkan enam stor dan tiga gerai di Jalan Petaling di sini dalam operasi Ops PUTRA 3.0 pada Selasa lepas.

KPDN Perak terima 31 aduan berkaitan gula sejak Januari
KPDN cawngan Perak menerima 31 aduan berkaitan bekalan gula sejak Januari lepas hingga hari ini menerusi Op Manis yang dilaksanakan di seluruh negeri.

KPDN rampas 1,500 barangan tiruan di Parit Buntar
KPDN Perak merampas 1,500 unit barangan termasuk kasut dan set pakaian sukan disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM83,000 di premis sekitar Jalan Pasar, Parit Buntar.

Pusat pemborong di Jalan Kenanga diserbu, KPDNHEP sita barangan tiruan lebih RM1 juta
Sebanyak 43,929 barangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM1,072,750 disita di empat stor di sebuah pusat pemborong terkemuka di Jalan Kenanga.

PGA rampas pakaian, beg, jean tiruan bernilai lebih RM200,000
Kegiatan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu dikesan pada 7.30 malam oleh sepasukan anggota selepas waktu berbuka puasa.

Barang tiruan bernilai RM8 juta dirampas di KL sepanjang 2021
Sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka sepanjang 2021 membabitkan seramai 19 warga tempatan dan empat warga asing.

Barangan tiruan berjenama bernilai RM100,000 dirampas
Ia adalah rampasan terbesar tahun ini hasil serbuan serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang selepas risikan selama sebulan.

Pelbagai barangan jenama tiruan di Batu Feringghi dirampas
Ia berjaya merampas lebih 2,000 unit pelbagai barangan jenama terkenal bernilai RM66,000 termasuk beg tangan wanita, kasut, jersi serta topi yang kebanyakannya dijual di tujuh buah gerai.

Serbuan terhadap peniaga warga asing langkah paling realistik - Saifuddin
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, tindakan itu adalah langkah paling realistik dan praktikal memandangkan pihaknya kekurangan anggota.