KUALA TERENGGANU: Lebih 1,400 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan di seluruh negara bagi pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.
Beliau berkata jumlah itu termasuk hospital dan klinik swasta terpilih yang turut dilibatkan sebagai pelaksana.
"Untuk penerima vaksin COVID-19 yang ditetapkan di PPV swasta yang dipilih, ia tetap percuma kerana vaksin COVID-19 yang diberikan adalah milik kerajaan dan kerajaan membayar perkhidmatan kepada hospital dan klinik swasta berkenaan.
"Di lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi pula, PPV bersaiz mega akan disediakan sebagai contohnya Stadium Bukit Jalil. Kerajaan juga merancang PPV secara kaedah pandu lalu supaya penerima vaksin menerimanya dari dalam kereta masing masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata kerajaan juga berkemungkinan membuka PPV secara 24 jam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya atau gangguan pada waktu kerja.
"Alhamdulillah, lebih 566,000 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini. Dalam taklimat kepada semua Ahli Parlimen minggu lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan jadual pelaksanaan akan dipercepat dengan sasaran mencapai imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.
"Melihat pelaksanaan fasa pertama sudah pun mencapai 566,000 orang, InsyaAllah kesemua petugas barisan depan boleh menyelesaikan dos kedua sebelum April tahun ini dan berikutan itu pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 akan dipercepatkan," katanya.
Ahmad Amzad berkata lebih tujuh juta rakyat Malaysia mendaftar untuk menerima Vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dan jumlah itu dijangka terus meningkat apabila gerakan mendaftar oleh sukarelawan MyVac digerakkan di seluruh negara yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021

Ahmad Amzad berkata lebih tujuh juta rakyat Malaysia mendaftar untuk menerima Vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dan jumlah itu dijangka terus meningkat. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.

KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.

'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.

Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.