BEAUFORT: Bagi memastikan penduduk di pedalaman Sabah tidak terlepas menikmati Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah, kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mengambil inisiatif menyantuni 1,833 penerima yang tidak mempunyai akaun bank bagi menunaikan tuntutan bantuan berkenaan.
Para penerima yang terdiri daripada golongan petani, peniaga kecil, warga emas serta golongan belia ketika ditemui kru Astro AWANI di Dewan Datuk Seri Panglima DUN Banir, Beaufort menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
Bagi Benedick Matjunih yang merupakan seorang petani yang tiada pendapatan tetap, dia berterima kasih kerana bantuan ini dia dapat sekurang-kurangnya membeli barang keperluan dapur buat keluarga di rumah.
"Macam kami ni tiada pendapatan yang mencukupi sehari-hari untuk keluarga. Kita pun tahu sekarang ini keadaan kehidupan hari-hari ini berbelanja sangat mahal, jadi dapat bantuan seperti ini saya rasa mencukupi sedikitlah.
"Mencukupilah untuk beli keperluan seharian seperti beras, tepung, minyak, terutama gula dan garam. Berdasarkan pendapatan kami setakat ini, tanpa bantuan ini, ada kesulitan," katanya.
Peniaga makanan, Mirza Malik yang juga ibu tunggal terkejut kerana menyangka pada awalnya tidak menerima bantuan ini.
"STR tu memudahkan perbelanjaan untuk anak sekolah, beli barang dapur. Saya sebagai seorang ibu tunggal saya ingat tidak dapat sudah. Tapi dapat surat, okey dapat.
"Alhamdulillah, syukur. Bolehlah untuk menampung perbelanjaan anak dan saya sendirilah sebagai ibu tunggal," katanya.
Bagi golongan belia seperti Raymond dan Amirul, bantuan STR diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan seharian seperti barangan dapur, makanan, dan peralatan mandian.
Selain meletakkan harapan agar bantuan itu diteruskan kerajaan dari semasa ke semasa, mereka turut memohon agar nilai bantuan ditambah berdasarkan cabaran ekonomi yang perlu dihadapi oleh generasi muda pada masa kini.
"STR ni bagi saya sangat membantulah untuk golongan belia. Sebab belia pun ada juga yang mahu pakai duit belanja untuk keperluan harian.
"Kalau untuk saya, keperluan harian macam makanan, barang-barang dapur, barang mandian, dengan barang untuk belia di rumah," kata Raymond Wong Kah Seng yang merupakan pekerja restoran.
Manakala, Mohd Amirul Ashraf Mohamad yang merupakan peniaga makanan berpendapat bantuan untuk rakyat seperti ini wajar diteruskan di masa akan datang.
"Sumbangan STR patut diteruskan di masa hadapan. Jumlah tu okey tapi lebih baik ditambahkan lagi supaya (dapat membantu) golongan remaja yang sukar beroleh peluang pekerjaan.
"Jadi dengan sumbangan STR ni dapat membantu golongan remaja untuk menyara hidup," katanya.
Untuk rekod, program penyerahan STR dan SARA di pedalaman Sabah bagi penerima tanpa akaun bank turut dilaksanakan di daerah Tamparuli, Telupid, dan Ranau.
Program yang bermula 3 Ogos di daerah Tuaran itu akan berakhir pada 28 Oktober di Long Pasia.
Untuk info, Kerajaan telah memperuntukkan hampir RM8 bilion kepada sembilan juta penerima STR dalam usaha meringankan beban hidup rakyat.
Sementara itu, SARA yang dilancarkan pada 17 Julai lepas dijangka memanfaatkan lebih 210,000 penerima di bawah kategori miskin tegar.
Jasmine Abu Bakar
Sun Aug 06 2023

Para petugas menyantuni penerima yang terdiri daripada golongan petani, peniaga kecil, warga emas serta golongan belia di Dewan Datuk Seri Panglima DUN Banir, Beaufort.-Foto ihsan MoF

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.

Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri
Tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini ialah Perak, Sabah dan Sarawak.

Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon
PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort
Kalangan penerima menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
![[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort [RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668867265_SitiAminahAching.jpg)
[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort
Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.

Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.

Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda
Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort
Seorang kanak-kanak perempuan 18 bulan dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada Sabtu.

Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS
Seramai 1,826 mangsa daripada 698 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Sabah.