CYBERJAYA: Dianggarkan lebih 10 peratus anak Orang Asli tercicir daripada alam persekolahan atas pelbagai faktor antaranya logistik, keluarga dan elemen tidak mengambil berat tentang kepentingan pendidikan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) di sini pada Isnin, beliau berkata masyarakat Orang Asli meminta kerajaan supaya melihat cara bagi mengurangkan keciciran pelajar walaupun kehadiran mereka ke sekolah kini melebihi 80 peratus.
Selain pendidikan, turut dibincangkan ialah isu kesihatan dan pewartaan tanah masyarakat Orang Asli dalam MaPOA itu yang merupakan platform bagi masyarakat tersebut menyuarakan pandangan serta maklum balas dalam menyelesaikan isu berbangkit.
"Mengenai isu kesihatan, wakil komuniti itu menyuarakan agar lebih banyak pusat rawatan berpusat diperbanyakkan di perkampungan Orang Asli bagi memudahkan urusan mereka yang tinggal di pedalaman.
"Mereka turut mencadangkan perjawatan di Kementerian Kesihatan (KKM) seperti penolong pegawai perubatan yang disandang Orang Asli di negeri lain, dikembalikan ke perkampungan mereka," kata Mahdzir.
Dari aspek pewartaan tanah Orang Asli, beliau berkata setakat Disember 2021 sebanyak 40,600 hektar melibatkan 215 kampung telah diwartakan merangkumi penempatan kediaman, rumah ladang atau dusun buah-buahan, manakala 638 kampung lagi masih dalam proses pewartaan oleh kerajaan negeri.
Di Semenanjung terdapat 853 kampung Orang Asli dengan penempatan paling banyak adalah di Pahang, Kelantan dan Perak.
Mahdzir berkata kesemua perkara yang dibangkit dalam MaPOA itu akan dibincangkan di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pihak berkepentingan sebelum dibawa kepada kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan KKM, seterusnya Kabinet.
--BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Setakat Disember 2021, sebanyak 40,600 hektar melibatkan 215 kampung telah diwartakan merangkumi penempatan kediaman, rumah ladang atau dusun buah-buahan - Gambar hiasan
'Saya tak paham kenapa mereka tepuk' - YB Paya Besar
Pindaan telah menunjukkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang perkhidmatan Parlimen. Pindaan kepada Perlembagaan antara perkara asas yang perlu dilakukan. Hak sesama pembuat undang-undang harus dihormati antara kedua-dua pihak jelas YB Besut. #AWANInews

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.
Kepakaran dari India dalam mengendalikan gajah sejak 1970an - Nik Nazmi
PERHILITAN telah mendapatkan latihan kepakaran dari India untuk mengendalikan gajah sejak 1970an. Siri lawatan dan pertukaran kemahiran juga dilakukan bersama Thailand dan Indonesia jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi. #AWANInews
PM turun ke beberapa negeri, bincang agenda basmi kemiskinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri minggu depan bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama kerajaan negeri antaranya bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar. #AWANInews

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.
Langkah-langkah tidak boleh diambil dengan cara tersendiri - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata pendekatan yang menyeluruh harus diambil kira dalam menyelesaikan masalah habitat hidupan liar. Kerajaan telah memperkenalkan pelan baharu pada 2019 untuk meningkatkan ruang perlindungan atau rizab hidupan liar seluas 15,000 hektar pada tahun 2025 di Semenanjung Malaysia. #AWANInews
Malaysia dahului negara lain selaku rakan ekosistem pembangunan cip AI
Malaysia akan meterai kerjasama strategik dengan syarikat peneraju semikonduktor global bagi pembangunan cip AI sekali gus menjadi rakan ekosistem pembangunan cip AI & hab utama di ASEAN. #AWANInews

Rumah Putih bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Katanya, cadangan itu tidak mengambil kira realiti bahawa Gaza kini tidak boleh didiami dan penduduknya tidak dapat hidup secara manusiawi.
Pelan tindakan harimau dan gajah lebih menyeluruh - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menyatakan bahawa PEHILITAN telah membuat 306 kali kawalan rondaan dan pemantauan dilakukan, pemasangan 15 unit perangkap harimau, 10 kali tangkap pindah melibatkan gajah dan membina dua unit sistem pagar elektrik gajah bagi mengelakkan kemasukan gajah liar ke dalam kebun dan penempatan penduduk. #AWANInews

'Kesan dahsyat' ke atas Gaza susulan penutupan sempadan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa penutupan tiga lintasan sempadan Israel yang berlanjutan sejak tiga hari lalu berisiko mencetuskan "kesan dahsyat" ke atas Seme

Tiada kes kusta direkodkan dalam kalangan Orang Asli di Melaka
Situasi penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Melaka terkawal dan tiada kes direkodkan setakat ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.

Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.

Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.