KUALA SELANGOR: Penganjuran Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini berjaya mencapai matlamat untuk merakyatkan setiap dasar, inisiatif dan perkhidmatan kerajaan bagi masyarakat luar bandar.
Menurut sekretariat penganjur, program yang melabuhkan tirai hari ini merekodkan jumlah 127,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung, melepasi sasaran awal 100,000.
Orang ramai yang tinggal di kawasan pinggir dan luar bandar yang membanjiri Program MADANI Rakyat itu menjadi manifestasi bahawa tiada jurang dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan, malah ia merentas kepelbagaian latar geografi penduduk di negara ini.
Program yang merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu telah menghimpunkan lebih 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan dan menjadi 'pusat sehenti' untuk rakyat.
Kemeriahan program tertumpu kepada Jualan Mega MADANI dan Agro MADANI yang menyaksikan pengunjung menggunakan peluang berkenaan bagi membeli barangan keperluan asas seperti beras, telur dan ayam pada harga yang lebih murah.
Kemudahan perkhidmatan shuttle yang disediakan di setiap kawasan parkir awam, memudahkan dan merancakkan lagi kehadiran orang awam ke program penuh acara itu.
Pelbagai acara dan perkhidmatan seperti pemberian diskaun kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penukaran topi keledar lama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya menjadi tumpuan ramai yang hadir ke program itu.
Selain gerai yang menawarkan barangan pada harga murah, reruai pelbagai kementerian dan agensi turut menjadi pilihan orang ramai manakala warga kerja kementerian terbabit tidak jemu melayan serta memberikan maklumat berhubung inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan kepada pengunjung.
Selain itu, karnival kerjaya yang turut diadakan dengan menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan membantu membuka ruang kepada warga luar bandar terutama anak muda untuk mendapatkan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis penutup program itu turut menzahirkan keyakinan program seumpama itu dapat menterjemahkan dan memperkukuh lagi kerangka konsep Malaysia MADANI.
Pelaksanaan program yang dijayakan oleh penjawat awam daripada semua peringkat jawatan itu turut mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada Perdana Menteri yang menyifatkan ia sebagai prestasi yang baik.
Program MADANI Rakyat akan diteruskan ke Zon Utara selepas ini dengan Pulau Pinang dijadual menjadi tuan rumah pada 27 hingga 29 April, Zon Timur di Pahang (28-30 Jun), Zon Selatan di Johor (25-27 Julai) diikuti Sarawak (27-29 Sept) dan berakhir di Sabah pada 18 hingga 20 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi bergambar selepas merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 (Zon Tengah) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Lebih 100,000 pengunjung meriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah
Program MADANI Rakyat Zon Tengah merekodkan jumlah 127,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung, melepasi sasaran awal 100,000.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah: MetMalaysia ramal hujan di Kuala Selangor hari ini
Cuaca esok diramalkan mendung pada pagi manakala cuaca baik pada sebelah petang hingga malam.
Tukar topi keledar baharu di Program MADANI Rakyat
Orang ramai yang ingin membawa pulang topi keledar percuma itu perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijangka tarik 100,000 pengunjung
Sebanyak 34 unit reruai kementerian, agensi dan kerajaan negeri, 40 gerai jualan makanan dan 30 pengusaha agro serta barang basah disediakan.
Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini
Pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam.
Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.