Seramai 110 anggota kongsi gelap yang terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan seluruh Perak ditahan dalam Ops Cantas Silver yang dijalankan selama sebulan mulai 14 April lepas.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.
"Operasi ini dilaksanakan berkonsepkan 'total harrassment' terhadap kumpulan-kumpulan gangster berkenaan untuk tindakan pencegahan yang lebih berkesan dan menyeluruh terhadap jenayah kekerasan termasuk perjudian dan pelacuran.
"Daripada 110 yang ditangkap 15 individu telah dituduh atas pelbagai kesalahan, manakala 35 individu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan kesemua masih lagi dalam tahanan polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.
Hasnan berkata hasil daripada operasi berkenaan kegiatan jenayah kekerasan termasuk samun di negeri Perak didapati telah menurun sebanyak 2.9 peratus.
Dalam pada itu, Hasan berkata Operasi Lejang yang dijalankan Mei lalu berjaya mengurangkan kes kecurian motosikal di Perak sebanyak 0.5 peratus.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan, Hasnan berkata seramai 2,000 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di kawasan tersebut bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.
"Kita kesan ada 20 titik panas di Kuala Kangsar dan di situ kita akan memberi lebih tumpuan," katanya.
Bernama
Tue May 31 2016
Ops Cantas Silver yang dijalankan selama sebulan mulai 14 April lepas dilaksanakan untuk mengawal kegiatan gangsterisme. - Gambar hiasan
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
'Apa guna ambil duit rakyat Malaysia?'- Fahmi mahu pengendali media sosial sekat aktiviti jenayah
Pengendali platform media sosial perlu lebih proaktif dalam membantu kerajaan menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang di akaun media sosial.
Tindakan platform media sosial kekang jenayah masih lemah - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan penyedia media sosial dalam mengekang aktiviti jenayah masih lemah.
Titah Agong beri mesej jelas penerima darjah kebesaran tidak kebal undang-undang
Amaran Sultan Ibrahim adalah mesej jelas bahawa mereka tidak kebal daripada undang-undang.
Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019
Singapura merampas S$6 bilion yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun 2024.
Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu
Operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.