KUALA LUMPUR: Lebih 120,900 penduduk di Myanmar terpaksa menjadi pelarian di tanah air sendiri di tengah konflik yang semakin meruncing antara tentera Myanmar dan kumpulan etnik bersenjata, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
Pertempuran di Kachin, Kayin, utara Shan, Chin dan Kayah, menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri selepas tentera menggulingkan kerajaan sejak Februari lalu.
Agensi Anadolu melaporkan sekurang-kurangnya 85,900 penduduk di tenggara Myanmar menjadi pelarian domestik, 15,000 di utara Shan utara dan 20,000 lagi di Kachin dan Chin.
Ribuan orang amat memerlukan bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan, alat pertolongan cemas, tempat berlindung, makanan dan peralatan kebersihan serta sanitasi.
Sementara itu sekurang-kurangnya 75 orang hilang di Myanmar sejak rampasan kuasa, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan, lapor Anadolu.
"Insiden orang hilang berlaku sejak awal kudeta apabila tentera bertindak kejam terhadap orang awam, mereka dibunuh dan diseksa dan mayat mereka dilenyapkan.
"Dari 75 yang hilang, AAPP mengesahkan 23 hilang, 52 lagi dipercayai hilang," kata Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Sebilangan individu hilang selepas rumah dan tempat persembunyian diserbu manakala yang lain "lenyap selepas mereka pada awalnya disahkan ditahan" tentera junta.
Sehingga Jumaat, 833 orang maut di tangan junta tentera dengan kira-kira 4,350 orang berada dalam tahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Pertempuran di Kachin, Kayin, utara Shan, Chin dan Kayah, menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri selepas tentera menggulingkan kerajaan sejak Februari lalu. - Reuters
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Gempa bumi 5.5 magnitud landa barat laut Myanmar
Menurut DMH, pusat gempa terletak kira-kira 23 batu di barat daya bandar Homalin di wilayah Sagaing.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.