PETALING JAYA: Seramai 137,520 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional mempunyai tunggakan hutang melebihi enam bulan berjumlah lebih RM1.1 bilion, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, bilangan peminjam tertinggi yang gagal membayar semula tunggakan adalah dari Selangor melibatkan 22,662 peminjam diikuti Sabah (16,945) dan Kedah (14,823).
Justeru Ramanan menyeru peminjam Tekun terbabit supaya menyelesaikan tunggakan agar manfaat itu dapat dinikmati rakyat Malaysia lain yang memerlukan.
"Saya dimaklumkan sehingga Januari 2024, kadar tunggakan pembiayaan adalah sebanyak 12.66 peratus di seluruh negara, manakala di Selangor, kadar tunggakan pembiayaan dicatatkan pada kadar 21.53 peratus.
"Saya harap para peminjam dapat menjelaskan baki (tunggakan bayaran balik) pembiayaan mengikut jadual. Kita mestilah menjadi masyarakat yang bertanggungjawab kerana kalau kita tidak bayar balik pinjaman yang diberikan, manfaat ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia lain yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannnya ketika merasmikan Karnival Tekun Madani Negeri Selangor di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Tekun Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Sejak diwujudkan pada 1998 sehingga Januari 2024, Tekun Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 574,348 orang usahawan di seluruh negara bernilai RM9.15 bilion.
Pada majlis itu, Ramanan turut mengumumkan pembiayaan sebanyak RM65 juta untuk disalurkan kepada 4,000 usahawan informal dan mikro di Selangor oleh Tekun Nasional bagi meningkatkan taraf ekonomi usahawan di negeri itu.
Menurut Ramanan setakat Januari tahun ini, sejumlah RM7.35 juta pembiayaan telah diberikan kepada 225 usahawan Tekun Selangor.
"Kepada usahawan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan, ambil peluang yang disediakan untuk mendapatkan pembiayaan," katanya.
Ramanan berkata Tekun menyalurkan pembiayaan sehingga RM100,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun pada kadar faedah dua hingga empat peratus, jauh lebih rendah berbanding institusi pembiayaan kewangan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan berucap merasmikan Karnival Tekun Madani Negeri Selangor, hari ini. - Foto Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Lebih 137,000 peminjam Tekun punya tunggakan hutang lebih enam bulan
Seramai 137,520 peminjam Tekun Nasional mempunyai tunggakan hutang melebihi enam bulan berjumlah lebih RM1.1 bilion.

Usahawan Tekun akan diwajibkan miliki insurans perniagaan - Noh
Pembelian insurans itu diwajibkan setelah melihat kepentingannya kepada usahawan terutama ketika berdepan waktu-waktu mencabar seperti bencana banjir.

Tekun Nasional berjaya kutip hutang RM200 juta dalam tempoh lima bulan
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional berjaya mengutip sejumlah RM200 juta hutang daripada 419,483 peminjam.

Sektor keusahawanan sosial teruja penambahan bajet TEKUN - MaGIC
Keusahawanan sosial memberikan reaksi positif dengan peruntukan paling tinggi yang diberikan kepada TEKUN dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Bekas pengarah urusan Tekun ditahan kerana rasuah
Menurut sumber SPRM, suspek berumur 62 tahun itu ditahan di kediamannya pada 5.15 petang di Bukit Bandaraya, Shah Alam.