KUALA LUMPUR: Lebih 15,000 mangsa banjir masih berada di 188 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Terengganu, malam ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 4,737 orang setakat 8 malam ini berbanding 4,278 orang petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyatan hari ini berkata setakat 8 malam ini, tujuh daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir berbanding lapan daerah petang tadi, berikutan penutupan PPS Dewan Raya Sungai Tiram, Johor Bahru pada 7 malam.
"Terdapat 71 PPS masih beroperasi di tujuh daerah dengan Segamat terus mencatatkan mangsa banjir tertinggi iaitu 3,554 orang diikuti Mersing (476), Kota Tinggi (210), Tangkak (297), Muar (52) dan Batu Pahat (77) sementara di Kluang pula jumlah mangsa banjir kekal 71 orang," katanya.
Di PAHANG, bilangan mangsa banjir sedikit menurun malam ini apabila Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan seramai 2,438 orang berada di 46 PPS, berbanding 2,572 orang di 55 PPS, petang tadi.
Kesemua mangsa terdiri daripada 713 keluarga itu ditempatkan di PPS di sembilan daerah iaitu Temerloh, Kuantan, Maran, Rompin, Jerantut, Lipis, Raub, Bera dan Pekan.
Sebanyak 11 jalan ditutup setakat 8 malam ini, antaranya Jalan Air Hitam di Kuantan, Jalan Kampung Wau-Kertau (Maran), Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut), Jalan Temerloh-Jerantut (Temerloh), Jalan Ulu Dong (Raub) dan Jalan Southern Loop (Bentong).
Selain itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan paras air di tiga stesen telah melepasi tahap bahaya, namun dengan trend menurun iaitu Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini di Pekan, Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang (Bera) dan Paya Gintong (Jerantut).
[LAPOR LANGSUNG] Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 2,591 orang daripada 667 keluarga pada 8 malam ini berbanding 2,621 orang daripada 674 keluarga pada 4 petang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 10 kawasan di Jasin.
"Seramai 1,007 mangsa daripada 264 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Alor Gajah, 1,391 mangsa daripada 358 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 193 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di empat PPS di Jasin," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman berkata hujan lebat di luar Melaka, terutama di kawasan hulu sungai yang mengalir ke negeri ini, turut menyumbang kepada kejadian banjir di Melaka sejak Sabtu lepas,
"Sungai Lubok China dan Sungai Melaka yang menerima hujan lebat di bahagian hulu di Negeri Sembilan, mengakibatkan air sungai melimpah di kawasan rendah, justeru menjejaskan kawasan sekitar Lubok China selain daerah Melaka Tengah membabitkan Krubong, Taman Merdeka serta Peringgit.
"Di Jasin pula, Sungai Kesang dari Tangkak, Johor yang melimpah, telah menjejaskan beberapa tempat di Sungai Rambai, Semujuk dan Lanchang," katanya kepada Bernama.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 1,967 individu membabitkan 540 keluarga dengan 21 PPS dibuka setakat 8 malam ini berbanding 2,073 individu daripada 568 keluarga, petang tadi.
Di SELANGOR, aplikasi Bencana JKM merekodkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Langat kekal 40 individu iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang dengan 25 mangsa dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada di paras bahaya petang tadi, kini di tahap waspada dengan ketinggian air 4.12 meter setakat 8 malam.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal 3,329 orang malam ini dengan 26 PPS masih dibuka di enam daerah selepas dilanda banjir akibat hujan yang berterusan.
Daerah terlibat ialah Kota Marudu yang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai berada di PPS iaitu seramai 2,766 orang di 14 PPS, diikuti Pitas (234 orang di empat PPS), Telupid (159 orang di enam PPS), Paitan (83 orang di tiga PPS), Sandakan (46 orang di satu PPS) dan Beluran (41 orang di dua PPS).
Di TERENGGANU, banjir kembali melanda negeri itu malam ini selepas satu PPS dibuka di Daerah Kemaman pukul 9 malam ini, menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga itu dibuka, setelah rumah mangsa dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku malam ini.
Pemantauan sedang dilakukan untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat dan mereka akan diarah berpindah ke PPS sekiranya perlu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

Di Johor, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 4,737 orang setakat 8 malam ini berbanding 4,278 orang petang tadi. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.