Lebih 150,000 tiket kereta api masih lagi ada untuk mereka yang ingin kembali dari kampung halaman ke Kuala Lumpur dengan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan kereta api antara bandar KTM, selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri mulai Jumaat sehingga 16 Jun.
Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Ahmad Asri Khalbi berkata tiket masih ada untuk mereka dari utara atau selatan yang ingin ke Kuala Lumpur dan sebaliknya termasuk pada hujung minggu ini.
"Kami masih ada 152,440 tiket untuk mereka yang ingin berjalan-jalan selepas musim cuti terutamanya dari Padang Besar ke Kuala Lumpur, Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan Tumpat, Kelantan ke Kuala Lumpur dan sebaliknya," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.
Beliau menggesa orang ramai untuk mendapatkan tiket dengan segera kerana kadar jualan tiket adalah pantas memandangkan cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri berakhir hujung minggu ini.
Mereka boleh menempah tiket secara dalam talian menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB Mobticket yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.
Tiket juga boleh dibeli menerusi perkhidmatan kaunter di 105 stesen KTMB di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, Ahmad Asri berkata operasi KTMB berjalan dengan lancar biarpun hujan lebat dalam beberapa hari lepas.
"Berdasarkan laporan hari ini (Jumaat), walaupun keadaan cuaca tidak menentu, kereta api tiba dan berlepas mengikut waktu yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan," katanya.
Beliau berkata lebih ramai memilih KTMB untuk pulang selepas musim perayaan kerana ia menjimatkan masa dan mereka boleh mengelakkan kesesakan di lebuh raya yang berjam-jam lamanya.
Untuk keselamatan penumpang, KTMB juga memastikan setiap stesen dikawal ketat, terutama pada hari-hari puncak untuk penumpang kembali daripada cuti perayaan dengan polis ditempatkan di stesen-stesen utama seperti KL Sentral, Butterworth dan JB Sentral.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2019
Lebih ramai memilih KTMB untuk pulang selepas musim perayaan kerana ia menjimatkan masa dan mereka boleh mengelakkan kesesakan di lebuh raya yang berjam-jam lamanya. - Gambar hiasan
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
AWANI Ringkas: Kadar caruman rendah pekerja asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir di Sabah, Sarawak
22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
Tiket balik raya KTMB sudah mula dijual
Pembukaan jualan tiket terbabit dilakukan serentak di semua stesen pada 5 Mac. Jualannya dibuka awal kerana mengambil kira waktu cuti sekolah yang jatuh pada musim perayaan tersebut.
Lebih 150,000 tiket KTMB masih ada bagi yang ingin kembali dari cuti Raya
Tiket masih ada untuk mereka dari utara atau selatan yang ingin ke Kuala Lumpur dan sebaliknya termasuk pada hujung minggu ini.