NIBONG TEBAL: Pasukan bomba mengambil masa lebih 18 jam untuk memadamkan api di sebuah kilang kayu di Jalan Kerian, Sungai Jawi di sini yang terbakar sejak petang Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.53 petang Ahad dengan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap digegaskan ke lokasi kejadian.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan kilang pemprosesan kayu berkeluasan 140 meter persegi dengan sebahagian binaan bangunan adalah terbuka.
"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran ketika itu ialah 80 peratus dan pihak bomba menjalankan operasi pemadaman sehingga berjaya memadamkan api serta bara di kawasan kilang itu pada 1.35 tengah hari ini iaitu kira-kira 18 jam," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata operasi membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota yang turut dibantu oleh sembilan Pasukan Bomba Sukarela itu tamat sepenuhnya pada 4.33 petang.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Operasi membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota serta sembilan Pasukan Bomba Sukarela. - Foto JBPM Pulau Pinang/Sinar Harian

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.

3 terbunuh dalam kebakaran kediaman di Filipina
Kejadian itu yang bermula kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, memusnahkan rumah mangsa dan dua rumah jiran.

Tujuh rumah teres terbakar di Chukai
Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.

22 motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi
Bengkel motosikal termasuk empat buah kedai setingkat jenis kelas B di Kampung Tekah Baru yang terbakar sekitar jam 5.11 pagi tadi.

Kebakaran terbesar dalam tempoh tiga dekad, ribuan penduduk Jepun selamatkan diri
Lebih daripada 1,200 orang kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara, menurut pihak berkuasa.

80 rumah setinggan terbakar, 669 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Jumlah awal mangsa yang terjejas adalah seramai 669 orang terdiri daripada 139 keluarga.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.