PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya 13.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini.
Daripada jumlah itu, termasuk 500,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan Julai.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran baki daripada 12 juta dos vaksin Sinovac akan turut diselesaikan kepada Malaysia pada bulan ini.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan, sebanyak lebih 5.42 juta lagi dos vaksin Pfizer BioNTech turut dihantar secara perolehan terus pada bulan sama.
"Sumbangan ini termasuk apa yang kita terima dari Amerika Syarikat (AS), bekalan yang tiba hari ini iaitu 1,000,350 dos, jadi jumlah keseluruhan ialah 6,429,150 dos. Selain sumbangan AstraZeneca (AZ) oleh Jepun (satu juta dos), kita juga memperolehi 586,700 melalui perolehan kerajaan Malasyia yang telah dibuat oleh AZ.
"Baki penghantaran Sinovac akan diselesaikan pada bulan ini dan kesemua 12 juta dos akan selesai dihantar pada Julai. Pada bulan Ogos dan seterusnya, vaksin dibawah PICK yang akan digunakan adalah Pfizer dan AZ," katanya dalam sidang media mingguan, di sini hari ini.
Turut hadir di sidang media mingguan itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mengulas lanjut, Khairy berkata kadar vaksinasi negara juga terus konsisten dengan sasaran harian pada Julai iaitu sebanyak 300,000 dos sehari.
Beliau turut berkata, purata pemberian suntikan vaksin yang tinggi direkodkan pada minggu lepas antara 28 Jun hingga 4 Julai iaitu sebanyak 230,115 dos sehari.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini, kadar purata vaksinasi pada bulan Jun secara keseluruhan mencecah hampir 170,000 setiap hari melepasi sasaran 150,000.
"Sehingga sekarang, seramai 27.3 peratus daripada populasi dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) telah menerima sekruang-kurangnya satu dos vaksinasi dan 11.2 peratus telah lengkap divaksinasi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata enam negeri telah memasuki fasa ketiga PICK iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Perlis.
Jelas Khairy, keenam negeri berkenaan telah merekodkan sekurang-kurangnya 80 peratus vaksinasi kepada golongan warga emas yang berdaftar.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 05 2021

Daripada jumlah tersebut, ia termasuk sebanyak 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan Julai ini, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.