KUALA DUNGUN: Seramai 22,156 orang lelaki di negara ini mendapatkan khidmat kaunseling daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atas pelbagai masalah sejak 2019 hingga Jun tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 33 peratus berkaitan masalah dengan pasangan, 20 peratus masalah kewangan, 17 peratus masalah keluarga manakala 30 peratus lagi lain-lain masalah.
"Kebanyakan lelaki yang telah menghadiri sesi kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok tersebut adalah mereka yang berusia 40 tahun ke bawah dan usia perkahwinan antara setahun hingga lima tahun.
"Khidmat kaunseling yang diberikan melalui Helpline FamilyCare@LPPKN ini adalah secara bersemuka dalam talian dan panggilan telefon," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2022 di perkarangan Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Timbalan Pengerusi LPPKN Mastura Mohd Darby.
Sehubungan itu Rina menyeru lebih ramai kaum lelaki khususnya golongan bapa supaya memanfaatkan bantuan psikososial yang disediakan LPPKN tersebut dan tidak menunggu sehingga masalah semakin kritikal, demi kesejahteraan mereka dan keluarga.
Dalam pada itu Rina berkata bersempena dengan Hari Bapa yang disambut hari ini dengan tema Kasih Bapa Pelindung Keluarga, kementerian melalui LPPKN menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan di setiap negeri secara percuma kepada 100 peserta lelaki terawal bermula hari ini hingga 25 Jun.
"Istimewanya sempena majlis perasmian Hari Bapa pada hari ini, LPPKN menyediakan 300 lagi tambahan saringan kesihatan kepada kaum Adam di sekitar Dungun," katanya.
Selain itu Rina turut mengumumkan KNS LPPKN Dungun akan menjadi projek rintis pertama peringkat negeri yang menyediakan perkhidmatan tambahan khusus untuk bantuan psikososial dan pendidikan kesihatan kepada lelaki setempat.
Katanya ia sebagai tambahan kepada fungsi utama KNS LPPKN yang lebih menjurus kepada kesihatan reproduktif wanita.
"Sebelum ini perkhidmatan bantuan psikososial ini hanya disediakan di KNS LPPKN di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau menambah, setakat ini terdapat 49 KNS LPPKN yang beroperasi dalam premis di seluruh negara manakala terdapat 15 lagi KNS LPPKN yang beroperasi secara bergerak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022

Rina menyeru lebih ramai kaum lelaki khususnya golongan bapa supaya memanfaatkan bantuan psikososial yang disediakan LPPKN. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.

Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.

KPM tawar kaunseling kepada keluarga pelajar maut dilanggar kereta - Fadhlina
KPM akan menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga pelajar tingkatan lima SMK Jati di Meru, Ipoh, yang maut akibat dilanggar kereta.

Tragedi Batang Kali: JKM sedia khidmat kaunseling kepada mangsa, keluarga terkorban
Setakat ini pihaknya sedang memantau dan mengenal pasti mangsa serta ahli keluarga keadaan emosi mangsa yang masih trauma selepas menghadapi bencana.

Lebih 20,000 lelaki dapat khidmat kaunseling LPPKN - Rina
33% berkaitan masalah dengan pasangan, 20% masalah kewangan, 17% masalah keluarga manakala 30% lagi lain-lain masalah.

KPWKM sentiasa terbuka, sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa buli
Rina berkata pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan mana-mana kementerian berkaitan dalam menangani isu buli, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

COVID-19: Barisan hadapan diberi waktu rehat bergilir-gilir, khidmat kaunseling
Dr Noor Hisham berkata petugas barisan hadapan KKM yang bekerja tanpa mengenai masa sejak lima bulan lalu akan diberikan waktu rehat dan khidmat kaunseling.

JPN P. Pinang beri khidmat kaunseling kepada anak mangsa kemalangan maut
Sesi khidmat kaunseling itu akan diberikan selepas mereka kembali semula ke sekolah Isnin depan.

Guru perlu dapat khidmat kaunseling jika tertekan dengan tugas - Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata langkah itu ialah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas guru.

Penjawat awam lingkungan umur 30-40 sering dapatkan khidmat kaunseling
Tekanan yang dihadapi antaranya berpunca daripada masalah kewangan dengan kebanyakan kumpulan ini baru membina keluarga, mempunyai zuriat, membeli rumah dan berhutang.