KOTA KINABALU: Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba pada pukul 11.35 pagi.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdahulu tiba di SICC pada pukul 11.15 pagi, serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag.
Juhar, Anwar dan Hajiji serta barisan kepimpinan kerajaan negeri seterusnya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai sajian serta persembahan.
Sementara itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Rumah Terbuka negeri Sabah ketika ditemui pemberita berkata 50 gerai telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.
Beliau berkata program rumah terbuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat terus membanjiri SICC sepanjang acara berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.
Perdana Menteri juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kejayaan penganjuran Rumah Terbuka negeri Sabah.
"Tahun ini istimewanya sambutan dapat diadakan secara terbuka berbanding sebelum ini kerana pandemik," katanya.
Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah, penyanyi serta pelakon Marsha Milan dan Datuk Ramli Sarip.
Pelbagai juadah antaranya rendang, kolupis (nasi bungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk para tetamu yang datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2023
![Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682841614_AnwarIbrahimHajij.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto BERNAMA
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
AWANI 7:45 [10/2/2025] – Lebih 15 bulan perang di Gaza| Demi masa depan Palestin| Insiden tembakan di pusat beli-belah| Apa nasib pekerja?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
![Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682841614_AnwarIbrahimHajij.jpg)
Lebih 20,000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.