PUTRAJAYA: Lebih 20 unit dron telah diaktifkan hari ini bagi operasi bantuan pemulihan banjir di kawasan terjejas di Selangor termasuk bagi kerja-kerja pemantauan dan penghantaran bekalan kritikal seperti makanan, ubat-ubatan dan power bank, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
MOSTI dalam kenyataan hari ini memaklumkan dron yang dikendalikan Pasukan Petugas Kecemasan Perkhidmatan Dron Khas (PTK2Dron) itu telah digerakkan ke kawasan seperti Taman Sri Muda, Kampung Lombong dan Lanchong, Kampung Lanchang Jaya, Taman Alam Indah, dan Kampung Jalan Kebun.
"Usaha pemantauan dan penghantaran bekalan kritikal ini dilaksanakan di Selangor buat masa ini tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
MOSTI berkata PTK2Dron, yang diselaraskan oleh Technology Park Malaysia (TPM) juga bersedia untuk menghulurkan bantuan di negeri lain yang terjejas banjir mengikut kesesuaian, permintaan dan keperluan pihak berkuasa tempatan.
MOSTI berkata pengendalian dron berkenaan telah diuji di Perak pada Oktober lepas dan didapati efektif dari segi penjimatan masa serta kos sebagai alternatif kepada kaedah logistik seperti menggunakan bot.
Dron-dron itu juga telah diuji untuk penghantaran ke lokasi yang mencabar dari segi geografi, termasuk ke ruang pendaratan yang sempit dan terhad.
MOSTI berkata kesemua dron yang digerakkan untuk bencana banjir itu adalah merupakan tanggungjawab sosial (CSR) syarikat dron tempatan iaitu VStream Revolutions Sdn Bhd, Meraque Services Sdn Bhd, Alphaswift Industries Sdn Bhd, Aerodyne Group Sdn Bhd dan GeoPrecision Tech Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Lebih 20 unit dron telah diaktifkan hari ini bagi operasi bantuan pemulihan banjir di kawasan terjejas di Selangor.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Lebih 20 dron diaktifkan ke kawasan terjejas banjir
Lebih 20 unit dron telah diaktifkan hari ini bagi operasi bantuan pemulihan banjir di kawasan terjejas di Selangor.