KUALA LUMPUR: Lebih 200 aduan diterima sejak beberapa tahun lalu terhadap penilai insurans atau 'adjuster', yang terlibat dalam tuntutan insurans terutamanya melibatkan kemalangan yang dipercayai mengemukakan tuntutan palsu atau 'overclaim' melebihi harga sebenar.
Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) Yusuf Azmi berkata ini menyebabkan ramai mangsa berasa tertipu dan teraniaya, dengan hasil tuntutan yang diberikan oleh penilai.
Beliau berkata walaupun bukan semua 'adjuster' bertindak sedemikian, tetapi ada yang membuat pengiraan tidak telus terhadap kenderaan yang terlibat kemalangan jalan raya, sehingga menyebabkan tuntutan yang dibuat melebihi daripada sepatutnya.
"Melalui cara menaikkan tuntutan dengan melakukan penipuan atau tuntutan palsu, pembayaran balik kerugian menjadi berlipat kali ganda yang perlu dibayar syarikat insurans. Contohnya, harga tuntutan sebenar bagi kos membaiki sesebuah kenderaan selepas kemalangan adalah RM5,000, namun tuntutan dibuat penilai insurans adalah RM10,000, ini adalah tidak wajar.
"Pengguna juga tidak dimaklumkan atau tidak diberikan laporan penuh daripada pihak insurans bagi melihat butiran lanjut dan ia merupakan satu penganiayaan kepada mangsa kemalangan," katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama DFZ Agency Sdn Bhd, di sini hari ini.
MoC berkenaan bertujuan mengetengahkan DFZ Agency Sdn Bhd bagi membantu pengguna dan memberikan perkhidmatan penilaian insurans kepada mereka yang dianiaya, akibat dimanipulasi penilai insurans.
Yusof berkata syarikat itu boleh berunding dengan penilai sedia ada bagi memastikan ketelusan tuntutan insurans kenderaan yang terbabit kemalangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) Yusuf Azmi berkata ini menyebabkan ramai mangsa berasa tertipu dan teraniaya, dengan hasil tuntutan yang diberikan oleh penilai. - Foto Sinar Harian

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon
Wang sebanyak RM201,900 merupakan hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa seorang pesara guru wanita berusia 65 tahun.

Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.

Kenderaan dicuri akibat kecuaian tidak boleh tuntut insurans
Meninggalkan kenderaan di tepi jalan tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kecurian, tidak akan dapat tuntutan insurans.

Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam
Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam'.

Polis cekup lelaki jadi dalang utama kes rompak isteri
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan terhadap isterinya di Bentong, Isnin lepas.

Pengawal keselamatan ditahan buat laporan palsu tuntut insurans
Buat laporan palsu sebab mahu baiki kerosakan dan selesai tunggakan bayaran bulanan.

Lebih 200 aduan terhadap penilai insurans kemuka tuntuan palsu
Semboyan Malaysia berkata ini menyebabkan ramai mangsa berasa tertipu dan teraniaya, dengan hasil tuntutan yang diberikan oleh penilai.

Pesara rugi RM120,500 diperdaya Macau Scam
Mangsa dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan lagi kepada pegawai atasan bernama puan Yong.

'Adjuster' insurans berang isu tuntutan, bakar lima kenderaan
Gara-gara tidak puas hati dengan syarikat insurans berikutan urusan tuntutan, seorang pelaras insurans bertindak membakar lima buah kenderaan di Jalan PJU/1A/1 Ara Damansara di sini, pada Jumaat.

Muslihat gadis gergaji tangan sendiri hingga putus terbongkar
Perempuan yang berumur 21 tahun ini bertindak berani memotong pergelangan tangannya sehingga putus dengan menggunakan gergaji bulat.