KOTA BHARU: Lebih 200 individu mendakwa ditipu pemaju dalam urusan pembelian rumah kos rendah di beberapa kawasan di negeri ini.
Penipuan tersebut disedari selepas timbul beberapa keraguan sehingga ada di antara mereka kehilangan hak milik rumah walaupun sudah membuat pembayaran.
Difahamkan, ia melibatkan projek perumahan di Salor, Peringat, Limbat, Badang termasuk Kuala Krai dan Jeli.
Mangsa, Siti Norihan Alias, 40, berkata, rumah tersebut dibeli pada tahun 2011 dan pembayaran bulanan dibuat sehingga tahun 2013 sebelum pemaju mengarahkan pembayaran ditangguhkan buat sementara.
Penangguhan itu atas alasan perlu tunggu rumah siap dahulu barulah pembayaran sebanyak RM250 sebulan boleh dibuat semula.
"Saya dijanjikan rumah tersebut akan siap dalam tempoh setahun namun menyedihkan bila ia siap, menjadi milik orang lain," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Dia yang merupakan suri rumah berkata, unsur penipuan itu disedari selepas membuat semakan dan mendapati rumah berkenaan dibeli secara bertindih dan sudah dijual beberapa kali kepada individu berbeza.
Menurutnya, apabila semakan dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian mendapati status tapak itu masih untuk kegunaan pertanian.
Siti Norihan berkata, rumah tersebut dibeli melalui koperasi namun apabila semakan dilakukan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati ia sudah ditutup.
Ujarnya, SKM memaklumkan koperasi yang dimiliki oleh pemaju itu mendakwa mereka telah memulangkan semua duit kepada ahli.
"Namun sehingga sekarang kami tidak menerima sebarang bayaran yang dimaksudkan," katanya.
Seorang lagi mangsa, Mohd Sharif Ibrahim, 58, mendakwa penipuan itu disedari apabila mendapati bilik air rumah yang dibeli itu sudah masuk ke kawasan tanah milik orang lain.
"Saya dapat tahu selepas dimaklumkan oleh pemilik tanah yang membuat kerja-kerja pengukuran sempadan.
"Memang terkejut dengan perkara ini kerana saya sudah membuat bayaran sebanyak RM235 setiap bulan.
"Sebenarnya dari awal proses pembayaran sudah ada perasaan ragu-ragu kerana setiap bayaran adalah ke akaun milik persendirian disyaki isteri kepada pemaju, malah ada antara kami yang mendakwa terus membayar kepada pemaju itu sendiri," katanya.
Dia berkata, daripada 50 buah rumah yang dibina di Limbat di sini hanya lima sahaja yang dihuni selebihnya terbiar.
Teo Lian Fia, 60, yang sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM42,500 merayu pihak kerajaan campur tangan dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Katanya, dia sudah tidak sanggup melihat rumah pertama yang dibeli tidak dapat digunakan untuk berlindung.
Sementara itu usaha mendapatkan maklum balas daripada pihak pemaju menemui jalan buntu apabila gagal dihubungi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 25 2022
Individu mendakwa ditipu pemaju berkait dengan pembelian rumah kos rendah di beberapa kawasan di negeri ini berhimpun secara aman menuntut hak mereka di Limbat, Kota Bharu. -Foto Sinar Harian
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Kompas hala tuju Sabah maju jaya
Berpandukan kompas hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Menteri Sabah berjaya meletakkan bahtera ini di haluan yang tepat demi memastikan rakyat negeri itu terima manfaatnya.
Perjanjian Trilateral Weststar satu langkah ke hadapan
Weststar mencatat sejarah selepas menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat minyak dan gas dari Australia, Santos Limited.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
Kerjasama membabitkan tiga negara itu dimeterai di Dili, Timor-Leste pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Banjir Sabah, Sarawakc
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam lakar sejarah, dilantik menjadi PAT ke-23
Sejarah tercipta buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Mohd Nizam memecah tradisi menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan di KLIA
Tiga lelaki termasuk seorang warga asing ditahan bersama 61.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dan ganja yang dianggarkan bernilai RM1.06 juta dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 pada 22 dan 24 Jan lepas.
Senjata api dirampas dipercayai untuk dijual kepada kongsi gelap
Polis Pulau Pinang percaya senjata api yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan perairan negeri itu pada Isnin lalu untuk dijual kepada kumpulan kongsi gelap.
Kerajaan jamin siasatan rapi, telus dilakukan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lalu sehingga menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera akan dijalankan dengan telus serta rapi.
PM tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bangun semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang cuba mempertikaikan usaha kerajaan membangunkan semula Gaza.
Lebih 200 individu dakwa ditipu pemaju
Penipuan tersebut disedari selepas timbul beberapa keraguan sehingga ada di antara mereka kehilangan hak milik rumah walaupun sudah membuat pembayaran.