PETALING JAYA:Dianggarkan lebih 30,000 keluarga daripada 1.8 juta penduduk di ibu negara memiliki pendapatan di bawah RM2,200 dan berada di bawah garis kemiskinan serta memerlukan bantuan yang sewajarnya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah itu dikenal pasti di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"Di bandar (Kuala Lumpur) golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, kami anggap mereka perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain harus ada perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.
Bagaimanapun, bilangan tepat ketua isi rumah yang tergolong di bawah garis kemiskinan tidak dapat dikenal pasti kerana perkara itu diuruskan oleh pelbagai agensi, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Kami percaya ada berlaku pertindihan namun anggaran kami berdasarkan jumlah ketua isi rumah membabitkan 63,000 unit PPR di sekitar ibu negara dengan separuh daripadanya tergolong di bawah garis kemiskinan," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, pihaknya akan mengagihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu berbanding sasaran asal hanya 3,000 kampit beras dalam tempoh sama kepada golongan memerlukan menerusi program MyBeras@Wilayah berikutan sambutan hangat yang diterima daripada mereka yang memberi sumbangan.
"Untuk itu, kami menjangkakan 20,000 ke 30,000 kampit beras dalam tempoh sebulan dapat kami sampaikan secara sistematik kepada kumpulan sasar.
"Sumbangan juga masih lagi terbuka sehingga sekarang malah saya sendiri akan menghubungi rakan-rakan swasta untuk bersama menjayakan program ini. Orang ramai juga boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM10 menerusi portal MyInfaq," katanya.
Beliau berkata, agihan beras akan dilakukan secara sistematik kepada golongan sasar di setiap zon supaya tiada insiden pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Program MyBeras@Wilayah adalah sub program kepada MyFood@Wilayah untuk golongan miskin bandar atau mereka yang hilang mata pencarian ketika PKP dan ia dilancarkan secara virtual oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021, malam tadi.
- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Tan Sri Annuar Musa berkata, anggaran jumlah keluarga di bawah garis kemiskinnan itu dikenal pasti di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR). - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.