KUALA LUMPUR: Sebanyak 373 kanak-kanak Orang Asli berjaya dipujuk untuk bersekolah di 15 buah sekolah di seluruh negara sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan Program Jom Belajar iaitu Program Khas Murid Orang Asli (PROKHAS) dan Chup Badui Sikulah (CBS) khusus untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah.
"KPM sentiasa memberikan perhatian serius kepada isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli yang berpunca daripada taraf hidup daif di pedalaman, kekurangan infrastruktur pendidikan dan kemudahan logistik yang sempurna.
"Antara pendekatan diambil KPM dalam menangani isu keciciran murid Orang Asli ialah dengan mengadakan sesi libat urus dan Program Ziarah Kasih bersama-sama komuniti Orang Asli di perkampungan masyarakat Orang Asli," katanya menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai usaha menyelesaikan isu keciciran kanak-kanak Orang Asli.
Lim berkata KPM juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengesan keberadaan kanak-kanak Orang Asli yang sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak bersekolah.
Selain itu, beliau berkata KPM turut melaksanakan peluasan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dalam usaha menangani isu kehadiran murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dan kawasan terpencil.
Sementara itu, Lim berkata KPM sentiasa berusaha untuk memastikan murid mempunyai peranti bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan teknologi digital di samping mengurangkan jurang digital.
"Namun begitu, usaha ini bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan, dalam masa sama, KPM sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi mempercepatkan pemilikan peranti dalam kalangan murid," katanya.
Beliau berkata antara inisiatif di bawah Teras Empat Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang dilancarkan pada 28 Nov lepas, menumpukan penyediaan akses kepada peranti digital untuk setiap murid melalui pelbagai mekanisme.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) sama ada KPM mempunyai perancangan tertentu ke arah pembentukan DPD bagi mempercepatkan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan negara.
DPD terdiri daripada enam teras strategik iaitu Murid Fasih Digital, Pendidik Kompeten Digital, Budaya Kepemimpinan Digital Berwawasan, Pengupayaan Infostruktur dan Infrastruktur, Kandungan Digital Berkualiti dan Rakan Strategik yang Komited.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
![Lebih 300 kanak-kanak Orang Asli berjaya dipujuk untuk bersekolah Lebih 300 kanak-kanak Orang Asli berjaya dipujuk untuk bersekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701330792_limhuiying.jpg)
Hui Ying berkata KPM telah melaksanakan Program Jom Belajar untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah. - Foto BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
![UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738064349_UTP.jpg)
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
![Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736591136_FairulNizamRoslan.jpg)
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
![Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731924516_TBFAREED.jpg)
Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.
![Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735301178_TBJALALUDINALIAS.jpg)
Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.
![Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735009776_unitudarabombaj.jpg)
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.
![Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733569289_MohdZolkaflyHarun.jpg)
Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.
![Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733224599_AnthonyLokeSiewF.jpg)
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
![Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732267334_OrangAsli.jpg)
Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.
![Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732876119_TBwanrosdy.jpg)
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.