PUTRAJAYA: Segmen hartanah tidak terjual siap dibina atau lebih dikenali sebagai 'overhang' memperlihatkan lebih 34,000 unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Namun, kata Ahli Parlimen Paya Besar itu lagi, situasi overhang dilihat bertambah baik dengan penurunan marginal bilangan dan nilai setiap satu pada 7.5 peratus dan 4.6 peratus berbanding separuh kedua tahun 2021.
Jelas beliau, hampir 60 peratus overhang terdiri daripada harta tanah kondominium/pangsapuri, manakala dari segi lingkungan harga, kira-kira 43 peratus berharga lebih daripada RM500,000 seunit.
“Negeri Johor kekal dengan bilangan kediaman overhang tertinggi dalam negara dengan merekodkan lebih 6,000 unit overhang bernilai RM4.7 bilion.
"Negeri ini menyumbang lebih 17 peratus dan 21 peratus setiap satu daripada bilangan dan nilai overhang negara.
“Negeri Pulau Pinang pula di kedudukan kedua dengan lebih 5,000 unit bernilai RM3.64 bilion,” kata Mohd Shahar ketika berucap melancarkan Laporan Pasaran Harta H1 2022 di Institut Penilaian Negara, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata, status overhang service apartment juga bertambah baik, dengan lebih 22,000 unit bernilai RM19.32 bilion direkodkan pada separuh pertama tahun 2022, iaitu penurunan bilangan 6.7 peratus berbanding separuh kedua tahun 2021.
Hampir 89 peratus daripada jumlah overhang itu, ujarnya, berharga RM500,000 dan ke atas dan sebahagian besarnya terletak di negeri Johor.
Sehubungan itu, Mohd Shahar berharap situasi overhang kediaman dan service apartment akan terus terkawal dan semakin baik pada masa akan datang.
Keadaan itu, katanya, penting bagi memastikan penawaran perumahan adalah selari dengan permintaan dan isu ketidakpadanan (mismatch) dapat diminimumkan.
“Oleh itu, saya menyarankan pemaju dan pihak berkuasa yang meluluskan pembangunan projek serta penetapan harga jualan rumah memberi perhatian kepada data overhang ini.
“Pastikan rumah yang dibina menepati permintaan di lokasi tersebut dengan harga yang mampu dimiliki oleh pembeli setempat,” katanya lagi.
Mohd Shahar berkata, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) telah membangunkan portal UPESM (Unsold Property Enquiry System Malaysia) sejak 2018, bagi memberikan akses secara percuma kepada data harta tanah tidak terjual mengikut lokaliti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Saya menyeru kepada semua pihak berkepentingan untuk mengakses UPESM dan rujuklah data ini sebelum merancang pembangunan baharu di sesuatu kawasan.
“Di samping itu, jalankan feasibility study yang menyeluruh agar keputusan yang dibuat adalah yang tepat dan tidak akan menyumbang kepada stok overhang negara pada masa hadapan,” ujar Mohd Shahar lagi.
Firdaus Azil
Wed Sep 14 2022

Segmen hartanah tidak terjual siap dibina atau lebih dikenali sebagai 'overhang' memperlihatkan lebih 34,000 unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 34,000 unit kediaman siap dibina bernilai RM21.7 bilion tidak terjual
Hampir 60 peratus 'overhang' terdiri daripada harta tanah kondominium/ pangsapuri.