Kerajaan memperuntukkan RM12.5 juta sebagai elaun sara hidup kepada lebih 5,000 nelayan darat di seluruh negara pada tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata daripada jumlah itu, RM1.37 juta diberi kepada 703 nelayan darat di Perak.
"Elaun sara hidup nelayan darat sebanyak RM200 sebulan ini mula diberikan kepada mereka oleh kerajaan sejak 2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pengumpulan Ikan Air Tawar Kampung Baru Pulau Tiga Kanan, Kampung Gajah, di sini pada Selasa.
Pada majlis itu, Tajuddin yang Anggota Parlimen Pasir Salak menyerahkan benih ikan patin kepada Sukarelawan Perikanan bagi ternakan ikan dalam sangkar selain melepaskan benih udang galah di Sungai Perak untuk memulihara ekosistem demi kelestarian sumber perikanan.
Mengulas lanjut, beliau berkata elaun itu hanya diberi kepada nelayan darat yang berdaftar dengan persatuan nelayan selain perlu melakukan aktiviti nelayan sekurang-kurangnya 25 hari sebulan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan yang turut hadir, berkata pihaknya telah melepaskan 2.3 juta ekor anak ikan dan udang galah di Perak pada tahun lalu.
"Kita anggarkan daripada jumlah itu kira-kira 50 peratus atau sejuta ekor dapat membesar sehingga mencecah berat setengah kilogram.
"Secara purata jika 500 tan atau 500,000 kg yang hidup ia akan memberi hasil kira-kira RM50 juta kepada nelayan darat di Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017

TAJUDDIN: Kerajaan memperuntukkan RM12.5 juta sebagai elaun sara hidup kepada lebih 5,000 nelayan darat di seluruh negara pada tahun lalu. - Gambar fail

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Lebih 5,000 nelayan darat nikmati elaun sara hidup tahun lalu
Kerajaan memperuntukkan RM12.5 juta sebagai elaun sara hidup kepada lebih 5,000 nelayan darat di seluruh negara pada tahun lalu, kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.