BENTONG: Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata setakat ini, sebanyak 4,250 unit rumah telah dibina oleh Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB), melepasi sasaran ditetapkan untuk tahun ini iaitu 3,410 unit.
"Atas keprihatinan Kerajaan Perpaduan dan semangat Malaysia MADANI untuk menawarkan rumah mampu milik atau RMR, ada peruntukan tambahan yang besar untuk skim ini.
"Mengikut belanjawan asal, kerajaan memperuntukkan RM358 juta. Sekarang ada tambahan suntikan dana RM123 juta, menjadikan jumlahnya RM481 juta untuk seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi penyerahan kunci RMR yang siap dibina kepada tiga penerima di Kampung Chemomoi, di sini hari ini.
Nga berkata berdasarkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beberapa aspek mengenai tata kelola projek RMR akan ditambah baik bagi memastikan syarikat terlibat menepati sasaran ditetapkan tanpa sebarang ketirisan dan penyelewengan.
Sementara itu, Nga yang juga Naib Pengerusi DAP menafikan dakwaan kerajaan menggunakan pendekatan barbaric politics dengan tidak memperuntukkan dana bagi pembangunan di kawasan Parlimen pembangkang.
Beliau berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana peruntukan disalurkan terus kepada pihak berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Nga Kor Ming berkata setakat ini, sebanyak 4,250 unit rumah telah dibina oleh SPNB, melepasi sasaran ditetapkan untuk tahun ini iaitu 3,410 unit. - Gambar Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.

Sistem 'lampu isyarat', penarafan PBT tahun depan - KPKT
Inisiatif itu sebahagian daripada usaha kementerian untuk memastikan lebih akauntabiliti dan ketelusan dalam tadbir urus tempatan.

Melaka sedia 34,764 petak parkir percuma selama seminggu
Ia membabitkan kesemua 34,764 petak parkir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula esok hingga 20 Sept.

SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas
Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.

KPKT komited tingkat kecekapan, integriti PBT - Nga
KPKT komited untuk terus meningkatkan kecekapan dan integriti pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Kursus Pemantapan Penyata Kewangan PBT.

Pas gesa PM henti naratif kembalikan pilihan raya PBT
Pemansuhan pilihan raya PBT antara lain bertujuan untuk menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik.

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Lebih 2,000 meriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Melaka
Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri Melaka di sini pada malam Sabtu.

Rapid Bus perluas perkhidmatan bas berkonsep atas permintaan
Rapid Bus akan memperluaskan perkhidmatan bas berkonsep atas permintaan atau DRT di beberapa kawasan di Lembah Klang dalam usaha memperkasa sistem pengangkutan awam.