KULIM: Lebih 50 khemah jualan bazar Aidilfitri di Padang Serai di sini, musnah selepas dilanda ribut petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, angin kuat yang datang secara tiba-tiba menyebabkan banyak khemah pelbagai saiz terangkat sebelum terbalik.
Kejadian itu turut merosakkan barang jualan peniaga selain beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Faridah, 30-an berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia sempat berlindung di bawah khemah milik rakannya.
“Saya menggeletar apabila tengok khemah terangkat depan mata dan dihempas ke atas beberapa kenderaan yang ada di situ.
“Semua barangan jualan yang baru dibawa masuk pagi tadi seperti pakaian dan kelengkapan Hari Raya bertaburan dan basah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pada 23 Mac lalu, seorang peniaga di Jalan Kubang Lembu, di Alor Setar, turut mengalami kerugian selepas khemah gerai jualan buah-buahan miliknya diterbangkan ribut.
Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, semua pekerja dan pelanggan dalam gerai berkenaan sempat menyelamatkan diri.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 28 2023

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, angin kuat yang datang secara tiba-tiba menyebabkan banyak khemah pelbagai saiz terangkat sebelum terbalik. - Gambar/ Media sosial

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri 2023 catat RM2.5 bilion
Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion yang direkodkan tahun lepas.

Lebih 50 khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut
Lebih 50 khemah jualan bazar Aidilfitri di Padang Serai di sini, musnah selepas dilanda ribut petang tadi.

DBKL buka pagar besi di Bazar Aidilfitri Lorong TAR
DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan.

Pasar malam Lorong TAR dipindahkan sementara mulai 9 April - DBKL
Operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu akan bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu.

Bazar Aidilfitri Lorong TAR beroperasi seperti biasa - Datuk Bandar
Kawalan SOP di tapak bazar berkenaan akan dilonggarkan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bazar hanya sehingga 29 Ramadan: Kerajaan Terengganu dirayu pertimbang semula arahan
Perkara itu perlu dipertimbang semula kerana sudah menjadi kelaziman kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada saat akhir.