PUTRAJAYA: Terdapat 72,348 kes pembahagian harta pusaka yang tertunggak ketika ini dengan Kedah dan Selangor, masing-masing mencatat jumlah tertinggi iaitu 13,423 dan 10,358 kes, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju.
Bagi menyelesaikan kes tertunggak itu, Ali berkata Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menambah baik Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka (MyeTaPP) serta memohon lantikan 100 kakitangan secara kontrak daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Katanya, kakitangan kontrak terbabit akan ditempatkan di Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di negeri-negeri yang mempunyai kes pembahagian harta pusaka yang tertunggak tertinggi.
"Lantikan kontrak ini adalah penyelesaian jangka pendek, 100 kakitangan ini akan membantu 240 kakitangan BPP JKPTG sedia ada (seluruh negara) untuk selesaikan kes terbabit mengikut sasaran kita iaitu dalam masa tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pentadbiran Tanah sempena Sambutan Hari Tanah Negara 2022 di sini hari ini.
Ali berkata penambahbaikan MyeTaPP dilakukan untuk memastikan pentadbiran tanah sentiasa relevan dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan serta sentiasa kekal berdaya maju menerusi adaptasi teknologi terkini.
Ali berkata draf pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 24 Jun lepas untuk disemak sebelum akta terbabit dikuatkuasakan tidak lama lagi.
Pindaan Akta 98 telah diluluskan di Parlimen pada Disember lepas dan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk diwarta dan dikuatkuasakan.
Pindaan itu melibatkan skop mewujudkan tafsiran dan peruntukan baharu meliputi bidang kuasa penyelesaian harta pusaka kecil yang lebih meluas serta menyediakan pelbagai alternatif untuk memberi kemudahan kepada rakyat dalam pengurusan permohonan pembahagian harta pusaka kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
![Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659335262_TBalibiju.jpg)
Menurut Ali Biju, penambahbaikan MyeTaPP adalah untuk memastikan pentadbiran tanah sentiasa relevan dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan. - Gambar fail
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
![Rancang harta pusaka, elak perbalahan keluarga Rancang harta pusaka, elak perbalahan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731157156_JejakWarisanHijau.jpg)
Rancang harta pusaka, elak perbalahan keluarga
Ahli Lembaga TASK, Datuk Seri Bakar Din berkata, jumlah tunggakan kes pengurusan pusaka kian meningkat dan ia amat membimbangkan, perancangan harta pusaka perlu dibuat lebih awal.
![Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729009292_AbdulFattahAbdulla.jpg)
Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.
![Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712555859_LHDNburuwargaasi.jpg)
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
![AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711368474_amanahraya.jpg)
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
![Perbalahan keluarga antara punca harta pusaka RM70 bilion beku Perbalahan keluarga antara punca harta pusaka RM70 bilion beku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Perbalahan keluarga antara punca harta pusaka RM70 bilion beku
Perbalahan dalam kalangan ahli keluarga dan jumlah waris ramai antara punca harta pusaka berjumlah RM70 bilion di negara ini masih beku.
![Maybank Islamic dengan kerjasama CreateWills lancar platform digital lengkap urus harta pusaka Maybank Islamic dengan kerjasama CreateWills lancar platform digital lengkap urus harta pusaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691154507_MAYBANK.jpg)
Maybank Islamic dengan kerjasama CreateWills lancar platform digital lengkap urus harta pusaka
Dengan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat anda boleh disempurnakan dalam masa 30 minit sahaja.
![Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686562600_TBSilvioBerlusconi.jpg)
Bekas PM Itali Silvio Berlusconi tinggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk anak dan rakan
Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia pada Jun lalu, dilaporkan telah meninggalkan harta pusaka bernilai berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.
![Mahkamah tolak rayuan anak JJ berhubung kemasukan 3 juta saham dalam harta pusaka Mahkamah tolak rayuan anak JJ berhubung kemasukan 3 juta saham dalam harta pusaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660719966_CourtGavel.jpg)
Mahkamah tolak rayuan anak JJ berhubung kemasukan 3 juta saham dalam harta pusaka
Hakim menolak rayuan yang dikemukakan oleh dua anak Jamaluddin, Ikhwan Hafiz Jamaludin dan Nur Anis Jamaludin serta rayuan balas oleh Aminah.
![Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659335262_TBalibiju.jpg)
Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak
Penambahbaikan MyeTaPP adalah untuk memastikan pentadbiran tanah sentiasa relevan dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan.
![Jabatan Khas akan diwujudkan selesai tunggakan, pembahagian harta pusaka Jabatan Khas akan diwujudkan selesai tunggakan, pembahagian harta pusaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644835113_TBTAKI.jpg)
Jabatan Khas akan diwujudkan selesai tunggakan, pembahagian harta pusaka
Terdapat kira-kira 60,000 permohonan baharu berkaitan pembahagian pusaka diterima Bahagian Pembahagian Harta Pusaka setiap tahun.