KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini yang masih belum menerima vaksin berkenaan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata kohort berkenaan terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan vaksin HPV di peringkat global.
"Sehubungan dengan itu, KKM telah mempergiat aktiviti pelaksanaan pemberian imunisasi HPV catch-up kepada murid yang belum menerima sebarang imunisasi HPV sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan.
"Bekalan vaksin yang kita ada ialah 802,000 dos bermakna kita mempunyai dos yang mencukupi kepada baki pelajar yang tersenarai dalam data simpanan kita dan kesemua baki itu akan diberikan suntikan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media program Pra-Pelancaran Pemberian Imunisasi HPV Catch-Up kepada murid perempuan tingkatan satu hingga empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli.
Beliau berkata pecahan baki yang belum menerima vaksin terbabit adalah sebanyak 54,224 pelajar tingkatan empat untuk kohort 2021; 220,158 bagi pelajar tingkatan tiga (2022); 219,815 pelajar tingkatan dua (2023) dan 225,039 pelajar tingkatan satu pada tahun ini.
Lukanisman berkata sejak program ini diperkenalkan pada 2010, sejumlah 2,561,062 pelajar perempuan telah menerima vaksin HPV.
Sementara itu, beliau berkata KKM akan melakukan pemantauan secara berterusan susulan kejadian gelombang terbaharu di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 pada minggu bertarikh 5 hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya.
"Kita akan sentiasa bersiap sedia dengan peningkatan dan mengambil pandangan pakar selain mempunyai tahap kesiapsiagaan setiap masa berdasarkan pengalaman lepas," katanya.
Semalam, KKM memaklumkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 20/2024 (12 hingga 18 Mei 2024), sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding ME 19/2024.
"Tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini. Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal sedikit meningkat tetapi tidak membebankan kapasiti hospital," menurut KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Lukanisman (tiga,kiri) meninjau proses pra-pelancaran Imunisasi HPV 'Catch-Up' kepada murid perempuan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 di SMK Pusat Bandar Puchong 1, Puchong. - Foto Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.