KUALA LUMPUR: Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi semua kategori industri adalah 8,272 syarikat, dengan lebih 80 peratus atau 7,306 daripadanya adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu 3,270 syarikat iaitu 39.53 peratus adalah pemegang sijil kategori syarikat Bumiputera.
Beliau berkata hasil beberapa mesyuarat Jemaah Menteri dan mesyuarat antara kementerian yang telah diadakan, persetujuan dan ketetapan telah dicapai agar Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) memainkan peranan penting untuk memberi penumpuan terhadap latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri bersedia untuk memohon sijil pengesahan halal Malaysia.
"Dalam usaha menambah baik tatakelola terhadap industri PKS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengadakan kerjasama dan libat urus dengan semua agensi bimbingan usahawan di bawah kementerian yang melaksanakan fasilitasi dari aspek piawaian dan prosedur pensijilan halal termasuk tatacara permohonan halal," katanya.
Beliau berkata selain sesi fasilitasi dalam kelompok besar, Jakim turut mengadakan sesi fasilitasi secara berfokus dengan syarikat yang menghadapi masalah dalam pensijilan halal sama ada di peringkat pra-permohonan, semasa dan pasca persijilan halal.
Mohd Na'im berkata jabatan itu turut memanfaatkan tenaga pakar di institut pengajian awam dan swasta termasuk Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia (IPPH UPM) dalam pelbagai aspek berkaitan halal melalui kerjasama yang dijalin bagi memperkasa ekosistem halal dalam dan luar negara.
Sebelum ini, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) ketika membahaskan usul KSP RMK12 mencadangkan kerajaan menambah baik tata kelola bagi pihak industri khususnya golongan PKS dalam usaha meningkatkan nilai tambah kepada pasaran halal.
Mengenai cadangan mewujudkan akta khusus bagi mengawal selia industri halal, Mohd Na'im berkata buat masa ini penggunaan undang-undang sedia ada seperti Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta enakmen di negeri-negeri masih relevan serta memenuhi kehendak dan keperluan semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Mohd Na'im berkata daripada jumlah keseluruhan itu 3,270 syarikat iaitu 39.53 peratus adalah pemegang sijil kategori syarikat Bumiputera. -Gambar fail/Bernama
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.