MELAKA: Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri.
Ketua Polis Negeri Datuk Zainol Samah juga berkata sejumlah 48,930 kenderaan dijangka memasuki Melaka dua hari sebelum Syawal termasuk melalui tiga tol yang merupakan pintu utama ke negeri itu.
Beliau berkata justeru, pihaknya akan melaksanakan penguatkuasaan dan penyuraian kenderaan menerusi Op Selamat 20 dalam tempoh lapan hari bermula 20 April ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.
"Sebanyak 22 pegawai dan 137 anggota bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan lalu lintas di Melaka dalam tempoh berkenaan berjalan lancar terutama di pintu masuk tol di negeri itu.
"Selain itu, bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut pada musim perayaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka akan meningkatkan rondaan, pemantauan serta pemeriksaan di lokasi kerap berlaku kemalangan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan pengamal media di sini hari ini.
Zainol berkata sebanyak 13 lokasi panas dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dengan lima daripadanya di daerah Melaka Tengah serta masing-masing empat di Alor Gajah dan Jasin.
Beliau berkata lokasi di Melaka Tengah membabitkan Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin), Jalan Umbai-Sungai Udang, Jalan Mufti Haji Khalil, Jalan Sungai Udang-Selandar, Batang Tiga/Bukit Rambai/Tanjung Minyak.
"Di Alor Gajah, lokasi terlibat ialah Jalan Rembia-Kendong, Jalan Alor Gajah-Tampin, Masjid Tanah-Bukit Sedanan, Lubok China-Hutan Percha manakala di Jasin ialah Tehel-Bemban-Chabau, Jalan Merlimau-Jasin, Jalan Serkam-Kesang Tua dan Jalan Gapam-Bemban," katanya sambil menambah hanya 10 peratus daripada kira-kira 3,000 perjawatan di Kontinjen Melaka dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri.
Zainol juga berkata tujuh lelaki berusia lingkungan 27 hingga 43 tahun telah ditahan kerana menjual mercun tanpa permit manakala sebanyak 1,703 kotak mercun 'Happy Boom' pelbagai jenis dan 76 kampit mercun bola bernilai RM45,000 turut dirampas di premis kediaman serta bazar Ramadan di sekitar Melaka.
"Setakat ini, sebanyak 220 permit telah diluluskan daripada keseluruhan 287 permohonan lesen menjual mercun yang diterima oleh Polis Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri. - Gambar fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.

Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai
Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.

Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol
Daripada jumlah itu, jenayah samun berkawan tanpa senjata api merekodkan peningkatan paling ketara iaitu 64 kes atau 113.3 peratus.

Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP
Orang ramai juga boleh memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman dan premis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

Polis Melaka tahan 12 individu terlibat penipuan dalam talian, rasuah polis
Polis Melaka menahan 12 individu terlibat aktiviti penipuan dalam talian termasuk seorang lelaki dipercayai pengurus kegiatan itu.

Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri
Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri.

Bilangan OKP di Melaka meningkat tahun lepas
Ia meliputi 932 orang di daerah Melaka Tengah, 654 orang di Alor Gajah dan 446 orang di Jasin.

PRU15: Pertindihan nama pengundi, Polis Melaka terima lima laporan
Polis Melaka membuka lima kertas siasatan berhubung dakwaan terdapat individu yang dihalang daripada membuat pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

PRU15: 46 permit kempen, satu kes khianat bendera parti lawan di Melaka
Satu kertas siasatan dibuka berhubung perbuatan khianat mencabut bendera parti lawan.