KUALA LUMPUR: Seramai 92,257 individu termasuk 287 penjawat awam ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.
"Dalam tempoh itu juga 185 sindiket dadah berjaya ditumpaskan dengan lapan buah makmal dadah haram dibongkar melibatkan tangkapan enam ahli kimia.
"Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah ini, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta telah disita, manakala RM5.3 juta nilai harta telah dilucut hak," katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JSJN malam ini.
Mohd Kamarudin berkata JSJN juga telah merampas 10,016 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah; 1,604 liter cecair pelbagai jenis dadah; 41,431 kg daun ketum; 27,213 liter air ketum dan 20 batang pokok ganja dianggarkan bernilai RM286 juta.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka untuk menyalurkannya ke Hotline JSJN di talian 012-2087222.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka untuk menyalurkannya ke Hotline JSJN di talian 012-2087222. - Foto PDRM

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Sembilan 'ulat kad SIM' warga asing ditahan di KLIA
Sembilan lelaki warga Bangladesh dipercayai 'ulat kad SIM' ditahan dalam operasi khas di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bekas pengarah agensi kerajaan Sabah ditahan bantu siasatan rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas pengarah agensi kerajaan di negeri ini, semalam, berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM110,000.

Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.

Presiden Korea Selatan ditahan atas tuduhan hasutan
Yoon menyatakan bahawa dia menyerahkan diri untuk disoal siasat bagi mengelakkan sebarang keganasan.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Yoon Suk Yeol hadapi cubaan baharu ditahan
Seorang penyiasat utama berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi memecahkan halangan keselamatan dan menangkap pemimpin itu.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah RM80,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta wang suapan kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita.