KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memperoleh jumlah perjawatan guru baharu itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan mereka akan melapor diri tahun depan.
"KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah perjawatan guru ditambah mengikut keperluan sekolah berikutan masalah kekurangan guru dikenal pasti sebagai antara punca pertambahan beban tugas kepada guru sedia ada.
"Kekurangan guru paling signifikan adalah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi (RBT). KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah guru ditambah dari semasa ke semasa," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) sama ada masalah kekurangan guru termasuk ramai guru bersara awal menyebabkan beban tugas bertambah kepada guru yang sedang dalam perkhidmatan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai kebajikan dan kemudahan infrastruktur bagi guru di kawasan pedalaman susulan kes guru besar di sebuah sekolah di Sabah terpaksa tinggal di stor sekolah, Hui Ying berkata KPM sedang mengambil tindakan susulan bagi isu itu.
"Tindakan susulan sedang dibuat untuk kenal pasti punca berlaku insiden itu (guru tinggal dalam stor sekolah) dan kita akan urusan setiap isu itu dengan sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, pada sesi sama Hui Ying berkata KPM turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang memutuskan bahawa penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
![Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700727642_TBLIMHUIYINGjp.jpg)
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
![Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
![Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
Percepat integrasi ekonomi ASEAN, tangani tekanan dasar ekonomi AS – Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu segera mengintegrasikan ekonomi negara-negara rantau ini untuk mengurangkan impak dasar ekonomi Amerika Syarikat yang dilihat menekan. Jelasnya, langkah ini boleh dicapai melalui Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025-2030 yang akan dimuktamadkan seterusnya meningkatkan pelaburan antara negara-negara anggota ASEAN. #AgendaAWANI
![KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711035149_FadhlinaSidek.jpg)
KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711536365_TBfadhlinasidek.jpg)
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
![6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709999140_AzmanAdnan.jpg)
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.
![Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703323513_RolandSagahWeeInn.jpg)
Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak
Katanya, Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
![Sarawak terima 1,108 guru baharu Sarawak terima 1,108 guru baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703306098_Bangunan.jpg)
Sarawak terima 1,108 guru baharu
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.
![Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700727642_TBLIMHUIYINGjp.jpg)
Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan
Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.