Ketagihan bahan pornografi merupakan salah satu masalah seksual yang perlu dipandang serius kerana ia lebih parah daripada dadah.
Itu dakwaan yang disuarakan oleh aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysians Against Pornography, Fadhli Othman, ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Jelas beliau, dadah sukar didapati dan harganya pula mahal, tetapi bahan-bahan pornografi pula mudah diakses, murah, serta memberi kesan terhadap tingkah laku serta otak seseorang.
BACA: Kesan ketagihan pornografi kepada otak sama seperti mengambil kokain
“Aktiviti bersama komuniti dan ‘Teknik Tujuh’ mampu merawat masalah ketagihan pornografi,” kata beliau.
Jelasnya, seseorang perlu aktif dengan aktiviti luar bersama komuniti seperti bersenam, bermain futsal, atau bermain permainan video asalkan tidak dilakukan seorang diri.
Bagi 'Teknik Tujuh', seseorang pesakit perlu berdisiplin agar hanya menonton satu video lucah selama seminggu dalam masa sebulan.
Bagi bulan berikutnya, individu tersebut perlu menurunkan kadar menonton video lucah sehinggalah ketagihan itu dapat dirawat secara berperingkat.
BACA: Ingat, video lucah bukan hiburan! - Pakar kriminologi
“Ketika tahap 'bertahan', seseorang perlu menguatkan diri dan disiplin kerana pada peringkat ini, pelbagai ujian akan ditempuh seperti demam, badan menggeletar, dan sebagainya,” ujar beliau yang juga seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Jubli Intan di Renggam, Johor Bahru.
BACA: Padah simpan video dan gambar lucah, pekerja kilang didenda RM7,000
Tambahnya, perkahwinan tidak mampu merawat ketagihan pornografi malah seseorang yang mempunyai masalah itu mempunyai kecenderungan untuk mencuba ‘aksi seksual’ bersama anaknya selepas berkahwin.
Bagi Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Nor Ba’yah Abdul Kadir, seseorang yang tidak mampu merawat secara sendiri, rawatan klinikal melalui pakar psikologi perlu dijalankan.
“Teknik kognitif tingkah laku boleh membantu individu yang ketagih supaya memahami manfaat tidak menonton video lucah dan berfikiran secara rasional,” kata beliau.
Beliau turut menambah, individu yang sudah berkahwin perlu menjalani terapi keluarga bersama pasangan masing-masing bagi mengembalikan keyakinan pada diri dan mengurangkan perasaan malu serta rasa bersalah.
Katanya lagi, melakukan pelbagai aktiviti luar yang bermanfaat dan mengamalkan puasa dapat membantu merawat ketagihan pornografi.
Zaim Ibrahim
Tue Apr 03 2018

Menurut Fadhli Othman, orang awam boleh membuat aduan, pertanyaan, dan khidmat nasihat mereka melalui akaun rasmi Facebook "Malaysians Against Pornography bagi merawat ketagihan pornografi. sumber- Facebook
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.

Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid
'Jangan diam, laporkan keganasan' telah dipilih sebagai tema bagi Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual anjuran BHEUU.

Gesaan pemerkasaan wanita bergema di UNHA
Peranan wanita dalam pembentukan kehidupan perbandaran yang lestari tidak boleh lagi dipinggirkan.

Lapor gangguan seksual guru, mangsa pula yang dibakar hidup-hidup
Mangsa dikepung oleh sekumpulan empat hingga lima individu yang memaksanya menarik balik laporan berkenaan.

Suami diikat, isteri dan anak dinoda 20 lelaki
Kejam! Begitulah tindakan sekumpulan lelaki bersenjata yang mengikat seorang lelaki ke sebatang pokok lalu menodai isteri serta anak perempuannya.

Lebih parah daripada dadah, ketagihan pornografi perlu dirawat
Ketagihan bahan lucah adalah lebih parah daripada dadah dan perlu segera dirawat.