Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggalakkan lebih ramai pemandu teksi dan Grab berdaftar dengan agensi itu memandangkan skop kerja mereka yang mudah terdedah kepada risiko kemalangan.
Pengerusinya Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata setakat 26 April lepas, sebanyak 4,167 individu daripada kelompok berkenaan telah berdaftar sebagai pencarum tetapi bilangan itu masih rendah.
Ini kerana katanya, terdapat kira-kira 80,000 pemandu teksi dan Grab sedang beroperasi seluruh negara dan mereka juga merupakan pekerja layak dilindungi dengan pelbagai manfaat daripada Perkeso.
"Pencarum daripada golongan ini dikategorikan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang mula diperkenalkan pada 1 Jun 2017. Setakat ini, 16 kes tuntutan melibatkan bayaran faedah sebanyak RM26,667.30 telah kita selesaikan," katanya kepada pemberita hari ini.
Aseh berkata, golongan ini perlu mencarum kerana jika ditimpa kemalangan tanpa mencarum, mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat.
Perkeso menurutnya, kini sedang giat melaksanakan pelbagai sesi penerangan kepada golongan itu supaya mereka faham tentang caruman dan manfaatnya kepada diri sendiri serta keluarga jika berlaku perkara tidak diingini.
Aseh ditemui selepas Majlis Pra Pembukaan Pejabat Perkeso Tanjong Karang yang disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar di sini.
Pembukaan cawangan pejabat terbabit akan menjadikan empat cawangan Perkeso diwujudkan di Selangor daripada keseluruhan 53 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Mengulas mengenai cawangan baharu itu, Aseh berkata ia dapat memudahkan pelbagai urusan 199,544 pencarum pekerja dan 24,174 majikan meliputi daerah Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
Pada majlis sama, Perkeso turut menyerahkan cek bernilai RM22,023 kepada enam pencarum Perkeso sekitar daerah itu yang mengalami kemalangan ketika bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
Perkeso mengenal pasti kira-kira 80,000 pemandu teksi dan Grab sedang beroperasi seluruh negara dan mereka juga merupakan pekerja layak dilindungi.
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
PKP 2.0: GrabFood beroperasi 7 pagi hingga 8 malam
Grab akan menjamin gaji pemandu e-hailing diteruskan, meskipun permintaan bakal menurun pada tempoh PKP.
Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.
Inisiatif baharu Grab fokus bantu perniagaan kecil pada bulan Ramadan
Grab menyenarai masuk lima buah pasar raya di sekitar Selangor ke dalam perkhidmatan Pasar by GrabMart yang akan beroperasi pada 24 April.
Perkhidmatan penghantaran bantu pengusaha restoran, orang ramai
Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas
MyCC bercadang untuk mengenakan denda berjumlah RM86,772,943.76 terhadap Grab serta penalti kewangan harian sebanyak RM15,000 sehari
Isu ramai pemandu e-hailing gagal lesen PSV akan dijawab menteri
Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) bingung apabila dimaklumkan kadar kegagalan lulus peperiksaan Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) sangat tinggi.
Ternampak mereka? Dua gadis pelajar SMK Assunta hilang sejak Ahad
Dua gadis remaja Natshatra Navanita, 15 tahun dan Divyaa Munian, 16 tahun hilang sejak Ahad lepas pada 11.40 malam.
Dua warga Myanmar ditahan bantu kes bunuh pemandu Grab
Polis telah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang diambil mangsa dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar daripada pihak pengurusan perkhidmatan itu.
Toyota labur USD1 bilion dalam Grab
Toyota telah membuat penilaian terhadap Grab dan meletakkan nilainya pada jumlah USD10 bilion.