KUALA NERUS: Peruntukan RM200 juta melalui Bajet 2023 bagi menampung kos pengangkutan untuk Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu, akan membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar dan pedalaman menikmati harga barangan yang sama dengan harga yang ditawarkan di kawasan bandar.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata peruntukan itu membolehkan kementerian memperluaskan Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu yang telah dilaksanakan sebelum ini ke lebih banyak kawasan pedalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Jadi ini memberi kemudahan kepada rakyat di pedalaman menikmati harga barang yang sama seperti di bandar kerana kita telah lantik kontraktor secara tender untuk membekalkan barang keperluan di kawasan pedalaman," katanya kepada pemberita pada Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, dekat sini, semalam.
Katanya setakat ini Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta penduduk di lebih 700 kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negara.
Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen semalam memperuntukkan RM200 juta bagi menampung kos pengangkutan untuk pengedaran barang perlu sebagai inisiatif kerajaan memastikan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel sampai kepada penduduk luar bandar pada harga yang berpatutan.
Sementara itu Rosol berkata kementerian akan tetap meneruskan penganjuran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) secara besar-besaran pada tahun hadapan, meskipun peruntukan yang diberikan bagi kempen itu melalui Bajet 2023 adalah RM10 juta, berbanding RM20 juta untuk tahun ini.
"KBBM ini telah dilancarkan sejak 1984, namun kita melihat perlunya untuk diperhebatkan lagi kempen ini. Kita (Malaysia) sudah ada keluaran kereta, motosikal, penghawa dingin, pelbagai barangan makanan dan sebagainya. Jadi kita akan buat kempen itu besar-besaran tahun depan. Maknanya semua produk keluaran Malaysia kita akan kumpulkan dalam satu jualan karnival.
"Selain menghimpun usahawan tempatan termasuk usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) jualan mega itu juga akan membolehkan pengunjung membeli barang seperti kereta di tempat jualan itu juga. Maknanya akan ada perkhidmatan bank dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022

Rosol berkata peruntukan itu membolehkan kementerian memperluaskan Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu yang telah dilaksanakan sebelum ini ke lebih banyak kawasan pedalaman. - Gambar fail

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia boleh majukan inisiatif karbon di rantau ini
Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya.

Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.

Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
![[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723734879_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).

Sarawak perkenal MySRBN Home Prepaid Plan untuk kawasan luar bandar
Sarawak akan memperkenalkan MySRBN Home Prepaid Plan iaitu pelan prabayar Internet bagi kegunaan setiap isi rumah di kawasan luar bandar dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200 gigabait (GB).

KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini
Rubiah berkata, ia berdasarkan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program tersebut yang diadakan di tiga lokasi tahun lepas.

KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.