LAHAD DATU: Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram dan hanya berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
"Sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
"Kami mengambil masa selama lebih tiga jam untuk menangkap buaya tersebut disebabkan haiwan itu cuba melawan balik dengan melibaskan ekornya ketika ditarik menggunakan tali," katanya Ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, buaya itu kemudian berjaya dibawa naik ke darat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.
Sementara itu, Pembantu Hidupan Liar Lahad Datu Sylvester Wong mengesahkan ada menerima haiwan reptilia yang diserahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Desa Kencana.
"Berdasarkan laporan, buaya itu telah tersangkut pada pukat penduduk kampung di sungai tersebut sebelum diserahkan kepada pihak kami pada keesokan harinya," katanya
Tambah Slyvester lagi, buaya yang ditangkap itu adalah buaya jantan dewasa dan kali ini adalah bersaiz sepanjang 5.1 meter.
"Kita anggarkan berat buaya ini adalah kira-kira 900 kilogram," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 10 2024
Buaya tembaga yang berjaya ditangkap diserahkan APM kepada JHL Lahad Datu.
[TERKINI] Ranking Times Higher Education: UM kekal kedudukan institusi terkemuka
Universiti Malaya kekal kedudukan institusi terkemuka berdasarkan ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject.
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu.
Terkejut! Disangka habuan besar, rupanya buaya 75kg
Seorang penduduk, Ansam Dungat menyangka dia mendapat ikan besar apabila jaring dipasang dan ditarik keluar dari sungai terasa amat berat.
Buaya sesat sepanjang 4 meter kembali ke habitat asal
Lapan jam selepas ditangkap, buaya sepanjang empat meter yang ditangkap di atas jalan di Kawasan Perindustrian Limbang pagi tadi akhirnya dilepaskan ke habitatnya.