BINTANG bola keranjang LeBron James bersetuju untuk menyambung kontrak selama dua tahun dengan Los Angeles Lakers yang berjumlah AS$97.1 juta (RM433.9 juta).
ESPN melaporkan James, 37, yang memasuki tahun terakhir kontraknya yang bernilai AS$44.5j (RM198.8 juta) mengaktifkan perjanjian pilihan pemain untuk musim 2024-25.
Pemain handalan NBA itu terlepas dua perlawanan terakhir Lakers pada musim 2021-22 akibat terseliuh pergelangan kaki terseliuh, namun menikmati kempen kedua paling produktif dalam kariernya gemilangnya daripada segi kutipan mata setiap perlawanan.
Dia diturunkan dalam 56 perlawanan dengan purata 30.3 mata setiap perlawanan, ini kali kedua dia meraih purata lebih 30 mata dalam semusim (31.4 peratus untuk Cleveland Cavaliers pada 2005-06).
James mencatat purata 8.2 rebound dalam setiap perlawanan, 6.2 bantuan jaringan dan lontaran tiga matanya makin berbisa apabila menyempurnakan 2.9 dalam 8.0 percubaan.
Dia juga muncul pemain pertama dalam sejarah NBA yang mencatat lebih daripada 10,000 mata kerjaya, rebound dan bantuan jaringan.
James memenangi empat gelaran NBA dengan tiga pasukan berbeza -- Miami Heat, Cleveland Cavaliers dan Lakers sepanjang kerjayanya.
Dalam setiap musim kejuaraannya, James telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) bagi pusingan akhir selain empat kali ditabalkan MVP dalam musim biasa dan 18 kali dalam barisan All Star.
Astro Arena
Thu Aug 18 2022

James mengaktifkan perjanjian pilihan pemain untuk musim 2024-25. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

NBA: Jika sampai masanya, saya akan bersara - LeBron
Pemain berusia 39 tahun itu membantu Los Angeles Lakers melakar kemenangan 128-123 ke atas Memphis Grizzlies semalam.

LeBron James aktifkan kontrak RM433.9 juta bersama Los Angeles Lakers
LeBron James bersetuju untuk menyambung kontrak selama dua tahun dengan Los Angeles Lakers yang berjumlah AS$97.1 juta (RM433.9 juta).

LeBron jangka Liverpool bakal julang Liga Juara-Juara di Paris
LeBron telah meramalkan pertembungan tujuh gol untuk The Reds dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid.

Gaji Messi paling lumayan
Bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.

Bola keranjang NBA: Lebron James dapatkan rawatan lanjutan di LA
Bintang itu telah kembali ke LA semalam dan selepas menjalani ujian imbasan MRI, dia sekadar mengalami bengkak.

Messi raih RM528.9 juta atasi Ronaldo
Bintang Barcelona, Lionel Messi muncul atlet paling mahal pada 2019 selepas menerima sejumlah RM528.9 juta, manakala Floyd Mayweather tidak tersenarai.

Selebriti kecam H&M gara-gara iklan "monyet paling 'cool' dalam hutan"
Kumpulan selebriti terkenal mengutuk keras kempen iklan baru H&M UK.

Bintang NBA LeBron James umum sokong Hillary Clinton
Bagi James, Clinton calon paling tepat untuk memperjuangkan nasib golongan berpendapatan rendah di Amerika Syarikat.