Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Sarawak (PKBM) percaya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bahagian Sarawak masih tertinggal di belakang jadual, tidak seperti didakwa rakan pelaksana projek (PDP) Lebuh Raya Borneo Utara Bhd (LBU).
Yang Dipertua PKBM Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi meragui bahawa hampir separuh daripada fasa pertama jalan bahagian Sarawak telah siap seperti dilaporkan media baru-baru ini bila kerajaan bersetuju menamatkan khidmat LBU.
"Terdapat kelewatan projek itu kira-kira dua peratus. Sekarang hanya 40 peratus berbanding mengikut jadual 42 peratus. Jadi tidak benar projek itu siap lebih awal dari jadual," katanya kepada Bernama.
PKBM kini sedang menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu, katanya.
Abang Aditajaya mahukan Kementerian dan SPRM menyiasat jumlah sebenar kontraktor yang terlibat dalam projek lebuh raya bahagian Sarawak oleh kerana bilangan mereka tidak pun sampai kuota 30 peratus sebagai mana didakwa oleh LBU.
"Laporan dari LBU kepada kerajaan yang menyatakan kuota 30 peratus telah dicapai namun amat meragukan setelah kami menerima 28 aduan yang melibatkan lebih kurang 28 konsortium merangkumi lebih daripada 100 syarikat G7 Bumiputera dari seluruh Sarawak.
"Beberapa kontraktor Bumiputera Sarawak yang sudah diberikan Surat Niat (LOI-Letter of Intent)) untuk terbabit dalam pelaksanaan projek itu sejak 2016, tapi sehingga kini mereka masih belum menerima Surat Anugerah (LOA-Letter of Award) daripada kontraktor utama," kata beliau.
"Konsortium-konsortium ini menyatakan pihak kontraktor utama menawarkan bayaran satu peratus daripada nilai kontrak yang diterima mereka dengan harapan untuk menggunakan nama-nama syarikat ini sebagai proksi dengan kerja-kerja kemudiannya akan terus dilaksanakan mereka bagi mengaburi mata pihak kerajaan," katanya.
Dilancarkan pada Mac 2015, projek bernilai berbilion ringgit dianggap sebagai projek pembangunan infrastruktur terbesar dirancang oleh kerajaan Persekutuan, di Sarawak dalam tempoh 54 tahun. Lebuh raya bebas tol sepanjang 1,060 km itu akan menjadi nadi utama menghubungkan Sabah dengan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019

Projek Lebuhraya Pan Borneo dari Donggongon Penampang ke Papar pada 28 Nov, 2018. --fotoBERNAMA/Fail

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

PRN Sarawak: PSB hanya nak jadi kerajaan, bukan nak bela rakyat - Abang Aditajaya
Penubuhan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat hanya bertujuan untuk menjadi kerajaan semata-mata dan bukan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas
Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.

Lebuh Raya Pan Borneo: Kemajuan pembinaan dan penyertaan Bumiputera diragukan
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Sarawak (PKBM) percaya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bahagian Sarawak masih tertinggal di belakang jadual.