PETALING JAYA: Lebuhraya Bertingkat Damasara-Shah Alam (DASH) sepanjang 20.1 kilometer (km) dari Puncak Perdana ke Penchala sudah siap sepenuhnya pada 30 September lalu dan akan dibuka dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, lebuh raya itu membabitkan tiga plaza tol iaitu Denai Alam, RRIM (Kwasa Damansara) dan Kota Damansara serta 13 persimpangan.
Katanya, lebuh raya itu juga dijangka mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana ke Penchala sehingga 30 minit daripada 90 minit, penjimatan 60 minit berbanding laluan sedia ada.
"Kita menyasarkan jumlah trafik untuk permulaan sebanyak 50,000 kenderaan sehari untuk menggunakan lebuh raya ini.
"Ini juga mampu mengurangkan kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari sebanyak 39 peratus, Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas taklimat kepada media mengenai perkembangan projek Lebuhraya DASH, di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohammad Azlan menambah, lebuh raya berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini yang memudahkan pengguna.
"Antara lain DASH juga mempunyai penghadang bunyi kepungan penuh yang pertama dalam industri lebuh raya di dalam negara sepanjang 260 meter (m) di samping dilengkapi 37 kamera litar tertutup (CCTV).
"Ia juga dilengkapi 18 telefon kecemasan, 30 sistem pengesanan kenderaan dan kemalangan (VIDS), 10 papan tanda mesej pelbagai (VMS) di sepanjang jajaran, dilengkapi 100 peratus berlampu serta 2,441 lampu jalan LED," katanya.
Menurut beliau, DASH turut mempunyai tiga lorong dua hala dan setiap lorong berukuran 3.5m dengan lorong kecemasan selebar 3m.
"Ia akan mempunyai 13 persimpangan, iaitu Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang 2, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala," ujarnya.
Sementara itu, DASH juga mempunyai rangkaian laluan dikenali sebagai Spaghetti Link yang terbentuk apabila tujuh tanjalan dibina secara bertingkat melibatkan lebuh raya sedia, iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Penchala Link, Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dengan Persimpangan Penchala dan DASH.
Ia juga hadir dengan reka bentuk kanopi yang baharu sebagai persediaan untuk melaksanakan sistem tol Multi Lane Free Flow (MLFF) pada masa akan datang.
Pembinaan DASH yang bermula Ogos 2016 membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM4.2 bilion.
Ehsan A Marisah
Tue Oct 11 2022

Datuk Mohammad Azlan Abdullah (dua dari kanan) Lebuhraya DASH sepanjang 20.1 kilometer dari Puncak Perdana ke Penchala sudah siap sepenuhnya pada 30 September lalu dan akan dibuka dalam masa terdekat. - Gambar Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.

Perancah besi jatuh: KKR arah laporan lengkap dalam seminggu
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan jurutera perunding iaitu Zaidun Leeng Sdn Bhd (ZLSB) diarah menyediakan laporan lengkap dalam tempoh seminggu berhubung insiden perancah besi jatuh di kawasan pemb