Semua lorong di kedua-dua arah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka kepada lalu lintas sejak pukul 12.30 tengah hari tadi, kecuali laluan sepanjang 100 meter dari lokasi kejadian banjir lumpur.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Noor berkata laluan sepanjang 100 meter dari lokasi kejadian ditutup bagi kerja-kerja akhir pembersihan dan pemantauan keselamatan, serta pemasangan tembok batu.
"Laluan 100 meter dari kedua-dua arah dibuka satu lorong tetapi tidak berselisih pada satu laluan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Sebelum ini, kejadian banjir lumpur pada petang Rabu lepas menyebabkan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup dan hanya dibuka semula satu lorong secara berperingkat di kedua-dua hala semalam bagi membolehkan pengguna jalan raya dari Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur dan arah sebaliknya.
Laluan kontra itu bermula di KM52.4 dan berakhir di KM50.0.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong dan juga Sekretariat Bencana Daerah Bentong, Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata pemindahan penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ke rumah masing-masing dijangka selesai esok.
"Namun ia bergantung kepada kemudahan asas seperti eletrik, air dan pembentungan sebelum mangsa dapat berpindah semula kediaman mereka," katanya kepada Bernama di sini.
Selain menyebabkan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah tidak boleh dilalui, insiden banjir lumpur itu menyebabkan 25 penghuni kuarter Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang.
Bernama
Sun Nov 15 2015
![Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka sepenuhnya hari ini Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka sepenuhnya hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447322172_TanahRuntuh.jpg)
Kejadian banjir lumpur pada petang Rabu lepas menyebabkan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup. - Gambar Fail
![Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.
![ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma! ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739924425_tbJDTACLEpusinga.jpg)
ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.
![Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739921432_tbmenikamisteri.jpg)
Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.
![Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
!['Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap' 'Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723958050_TBJerai.jpg)
'Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap'
Biarpun sudah berlaku beberapa tahun, namun kesan dan traumanya masih dirasai penduduk setempat terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian yang menyayat hati itu.
![Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719230075_tanahruntuhgunung.jpg)
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
![Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714607367_banjirlumpur.jpg)
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
![Libya bagai dilanda garuda Libya bagai dilanda garuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694829797_flashflood.jpg)
Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.
![Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676208366_banjirbukittinggi.jpg)
Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei 2022.
![Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676211994_JalanJandaBaikba.jpg)
Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh
Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.
![Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676208366_banjirbukittinggi.jpg)
Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.
![8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru 8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675748975_mauthilangda.jpg)
8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.
![Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660814418_TBBANJIRYAN.jpg)
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
![Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640775353_TBYOUNGSHEFURA.jpg)
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.