KUCHING: Selain beberapa permukaan jalan yang tidak rata, pemanduan sejauh 750km dari Kuching ke Miri berjalan lancar.
Perjalanan selama tiga hari itu yang memilih Sibu dan Bintulu untuk lokasi bermalam, menyaksikan keluasan negeri Sarawak. Saya melalui lapan negeri sekiranya memandu sejauh itu - dari Perlis ke Johor - di Semenanjung Malaysia!
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang hampir siap adalah tidak mengecewakan.
Walaupun perlahan tapi pasti Sarawak akan berjaya merealisasikan impian yang sudah berpuluh tahun lamanya.
Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 2,000km merentasi bahagian utara Pulau Borneo hampir siap sepenuhnya.
Pemandu turut berpeluang merentasi kawasan hutan dan menyeberangi sungai.
Perjalanan itu turut melalui 'Rumah Panjang', rumah tradisional masyarakat peribumi Sarawak.
Di beberapa kawasan apabila lebuh raya itu bergabung dengan jalan raya yang ada, laluan agak sibuk. Namun seringkali juga pemandu berasa sunyi apabila hanya 'ditemani' alam semula jadi.
Walaupun masih lagi dalam pembinaan, keadaan lebuh raya agak baik dan di beberapa laluan, perjalanan adalah lancar.
Di sesetengah laluan, keadaan jalan adalah beralun yang sesuai dilalui kenderaan pikap.
Pengumuman pada tahun 2015 mengenai permulaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo fasa Sarawak, idea yang dicetuskan pada 1960-an, disambut dengan gembira oleh warga Sarawak.
Bagi mereka, ia adalah impian yang bakal direalisasikan. Fungsinya lebih daripada lebuh raya yang menghubungkan semua komuniti di sepanjang laluan itu. Ia akan menjadi pencetus bagi aktiviti ekonomi.
Pertukaran kerajaan Persekutuan pada 2018 dan pandemik COVID-19 telah menyebabkan kelewatan. Fasa Satu projek itu yang dibina dengan kos RM16.117 bilion, sepatutnya siap pada 2021. Kini ia telah 85 peratus siap.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yakin 20 daripada 25 seksyen dalam fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo, sepanjang 786km dari Telok Melano ke Miri, dijangka siap sepenuhnya tahun ini.
Baki lima seksyen lagi iaitu Bukit Begunan, Spaoh, Lambir, Tatau dan Sarikei, dijangka siap pada April tahun depan, katanya kepada pemberita baru-baru ini. Fasa Dua Lebuhraya Pan Borneo dari Limbang ke Lawas, dijangka siap pada 2028.
Fadillah berkata kontraktor bagi lima seksyen di lebuh raya itu menghadapi beberapa masalah termasuk kekurangan tenaga kerja dan kos bahan binaan yang meningkat berikutan pandemik COVID-19.
Selepas pandemik tercetus, ramai pekerja yang pulang ke negara asal, menyebabkan kontraktor hanya dapat menggunakan khidmat 70 peratus tenaga kerja asal mereka, jelasnya.
"Selain itu, bekalan bahan mentah seperti batu dan pasir turut terjejas berikutan penutupan kuari dan lombong. Kos diesel dan keluli yang lebih tinggi juga memberi kesan," katanya.
Penasihat projek Musyati Sdn Bhd, John Lee Chin Seng, seorang daripada kontraktor berkata kenaikan harga minyak sawit, telah menarik pekerja sektor pembinaan ke sektor perladangan.
Beliau berkata kekurangan tenaga kerja itu telah menyebabkan kelewatan projek syarikatnya tetapi beliau yakin pembinaan itu akan dapat disiapkan.
"Strategi kami sekarang adalah untuk mengoptimumkan tenaga kerja kami dan menyelesaikan seksyen projek yang melibatkan banyak aliran trafik bagi mengelakkan kesesakan. Sebaik kami selesai dengan tugasan ini, kami akan menumpukan di bahagian projek yang lain," katanya.
Menyedari masalah itu, Kementerian Kerja Raya telah memberikan komitmen untuk membantu kontraktor yang bergelut dengan masalah itu. Perbincangan sedang dijalankan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani kenaikan kos bahan binaan.
Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan kira-kira 14,000 permohonan untuk merekrut pekerja asing dalam sektor binaan. Ini dijangka dapat membantu beberapa projek pembinaan yang mengalami kelewatan, termasuk Lebuhraya Pan Borneo.
Walaupun belum siap sepenuhnya, Lebuhraya Pan Borneo telah pun memberi kesan positif seperti yang boleh disaksikan di sepanjang 786km lebuh raya itu dari Telok Melano ke Miri. Aktiviti ekonomi berkembang pesat, menghubungkan bandar dengan kawasan luar bandar dan komuniti.
Bagi rakyat Sarawak, lebuh raya itu bukan sekadar jalan asphalt, agregat dan pasir tetapi impian untuk direalisasikan, walaupun terpaksa 'bertatih'.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Pemandangan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Serian - Sri Aman yang dirakam dengan menggunakan dron, 11 Nov 2021. --fotoBERNAMA
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuktikan kemampuan bukan sahaja berjaya melaksanakan projek mega peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.