KUALA LUMPUR: Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, Ming Youn berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu sekaligus melayakkan beliau menerima anugerah Beret Hijau.
Selain itu, beliau juga turut dianugerahkan pisau komando bermakna secara rasmi bergelar warga Gerup Gerak Khas (GGK).
Ming Youn merupakan pegawai daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) dan pernah berkhidmat di dalam 515 Askar Wataniah sebelum menyertai Kursus Asas Komando GGK pada tahun ini.
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Min Youn menjelaskan bahawa beliau mahu menjadi seorang pegawai tentera disebabkan minat.
"Sebenarnya saya adalah anggota 515 Askar Wataniah, saya tidak ada pengetahuan pun tentang komando ini.
"Mula saya berkhidmat dalam 515 askar wataniah dan disitulah saya pijak dalam dunia ketenteraan ini. Saya mendapat ilmu, pengalaman dan pengetahuan tentang dunia ketenteraan.
"Lepas itu saya diperkenalkan dengan Komando dan saya nak cabar diri saya untuk masuk Komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun asal saya anggota Wataniah tapi saya pun boleh menjadi seorang Komando," katanya dalam video yang tular di media sosial, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ming Youn berkata, matlamatnya adalah untuk terus berkhidmat dalam Komando dan terus menambah pengetahuan dalam dunia ketenteraan.
"Saya nak ambil kursus-kursus kepakaran dan lepas itu saya berharap boleh terus berkhidmat untuk menjadi seorang Komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik Komando sehingga akhir hayat saya," ujarnya.
Bersama Chan, seramai 69 penuntut telah dianugerahkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 April.
Menurut Berita Tentera Darat Malaysia, perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando ini melibatkan sembilan orang pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).
Upacara penganugerahan beret hijau dan pisau komando telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah.
Afiezy Azaman
Mon Apr 29 2024
![Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024 Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714362043_TBRRDjpg.jpg)
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini. - Foto Facebook
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Norshamira: Polis tahan suspek
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736347650_PolisDirajaMalaysia.jpg)
Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.
![Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715248183_TBSUHAILYPC.jpg)
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
![Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717713355_HalimahEnnhaji.jpg)
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024 Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714362043_TBRRDjpg.jpg)
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
![Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini! Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707533356_babinaga.jpg)
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
![Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693479808_AaronAgoDagang.jpg)
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
![Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684038056_TBSanusi.jpg)
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
![Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685962874_KhairyJamaluddin.jpg)
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
![Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674382114_LiyenSyafiq.jpg)
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.