Kopi, roti bakar dan telur separuh masak.
Itu menu wajib yang perlu dipesan apabila berada di Kedai Makanan dan Minuman Sinaran yang terletak Jalan Yam Tuan Raden, Kuala Pilah.
Keadaan dalam kedainya cukup klasik, suasananya tenang dan damai, pengunjungnya pula pelbagai kaum - gambaran yang sungguh harmoni.
Kedai ini ada ceritanya yang tersendiri.
Menurut pemilik kedai, Goh Kok Koon, peninggalan legasi kedai kopi yang beroperasi sejak 1944 itu kini diteruskan generasi ketiga.
“Hailam merupakan kumpulan yang paling lambat masuk ke Malaysia. Tak sama dengan Hokkien, yang datang lebih awal.
"Cina Hailam paling lambat berniaga dan hanya kerja dengan orang putih. Semua minuman dan makanan belajar dari orang putih. Dan, buat cara Hailam sedikit-sedikit," ujarnya.
Namun, katanya, kegemilangan Hailam Kopitiam kini tidak sama seperti dahulu.
Apa yang membimbangkannya, legasi ini tidak dapat diteruskan.
"Dulu, 90 peratus orang Hailam berniaga. Sekarang dah berubah. Di bandar, kosnya tinggi, dengan sewa yang mahal - untung pun tak banyak, cuma sedikit sahaja.
"Hanya kedai-kedai di pekan-pekan kecil sahaja boleh hidup, kalau di bandar besar, tak boleh," katanya ketika ditemui wakil Astro AWANI, sambil menikmati roti bakar dan kopi yang enak.
Jelas, beliau menyimpan hasrat supaya legasi perniagaan datuknya itu dapat diteruskan.
"Inilah budaya Hainan. Nak anak-anak sambung, tetapi semua belajar tinggi, tidak mahu kerja di kedai kopi.
"Banyak yang di bandar itu bukan hailam asli. Banyak guna peniaga luar, untuk menampung kos," keluhnya lagi.
Selain cerita legasi, kopitiam ini turut menyimpan 1001 kenangan buat pengunjung setianya.
Bagi pengunjung setia, Baharuddin Mohd Said, 73 tahun, kedai ini menyimpan memori lama.
“Ketika zaman persekolahan, saya selalu datang sini dengan kawan-kawan. Kegemaran saya, mee hailam.
"Sekarang, dalam umur-umur begini, apabila datang makan di sini, makan mee ini, saya akan terkenang semua kawan-kawan saya. Ada antaranya yang telah pun meninggal dunia," ceritanya.
Sejarah kopitiam ini menarik.
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, yang juga seorang penyelidik dan pakar mengenai sejarah dan adat serta asal-usul Kuala Pilah, menceritakan keadaan ketika sebelum negara mencapai kemerdekaan.
"Dulu, semasa zaman Jepun, kedai Makanan dan Minuman Sinaran ini milik perisik Jepun. Selepas itu, ia dimiliki kerabat diraja - Tuanku Besar Buharnuddin ibni Almarhum Yamtuan Antah.
"Dan, seterusnya, ia diusahakan oleh datuk kepada Goh,” katanya.
Sehingga kini, kedai makan Hailam Kopitiam mempunyai lebih 30 cawangan, kebanyakannya di Lembah Klang.
Walaupun mengikut arus modenisasi, keaslian kopitiam ini perlu dikekalkan agar generasi baharu boleh melihat dan mengetahui dari mana asalnya ia bermula.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Aug 14 2018
Hidangan seperti di dalam gambar merupakan kegemaran ramai jika berkunjung ke Hailam Kopitiam. Astro AWANI / NISA KASNOON
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Legasi Hailam Kopitiam, ke mana selepas ini?
Menurut pemilik kedai, Goh Kok Koon, peninggalan legasi kedai kopi yang beroperasi sejak 1944 itu kini diteruskan generasi ketiga.