KUALA LUMPUR:“Perginya seorang yang jasanya cukup besar kepada negara.”
Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan ketika ditanya berhubung pemergian Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah.
Menurutnya, berbicara perihal pemerkasaan wanita, Shahril berkata Allahyarham merupakan antara insan yang paling kuat berjuang untuk memperkasakan wanita suatu masa dahulu.
“Saya yakin seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan yang sama dengan keluarga arwah khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua keluarganya.
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
BACA: Istiadat Pengebumian Negara untuk Tun Rahah - PM
“Tun Rahah banyak sumbangannya kepada negara,” katanya ketika ditemui selepas hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediamannya di Jalan Eaton di sini pada Jumaat.
Tambahnya, beliau berharap jasa dan sumbangan arwah menjadi topik perbincangan golongan muda kelak agar legasi Allahyarham terus mekar.
Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
Fareez Azman, Ridauddin Daud
Fri Dec 18 2020

Menurut Shahril, Allahyarham Tun Rahah banyak memberi sumbangan kepada negara. - Foto Astro AWANI

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

2020 sampai ke penamat, ucap hello pada 2021
Ini berita tumpuan sepanjang bulan Disember 2020

Tun Rahah: Kenangan kakak ipar penyayang, penyabar - Tok Puan Zainon
Beliau amat hormati arwah Tun Razak. Beliau juga tak suka pergi beli-belah macam wanita sekarang, suka duduk di rumah.

"Selangkah ke belakang, sehiris di bawah bahu sang suami" - Mesej Tun Rahah dikenang
Saya masih ingat kata beliau: 'Kita seperti kata adat, harus selangkah di belakang, sehiris di bawah bahu sang suami'.

Keimanan, ketakwaan Tun Rahah jadi lambang kekuatan - Shahrizat
Walaupun bergelar isteri dan ibu kepada Perdana Menteri, namun Tun Rahah masih mengekalkan sifat kesederhanaan.

Mengenang Tun Rahah: Allahyarham pemimpin dihormati, beri sumbangan besar kepada pembangunan wanita
Pemergian Allahyarham Tun Rahah Tan Seri Mohamed Noah menyaksikan kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

Legasi Tun Rahah wajar dikenang selamanya - Shahril Hamdan
Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan ketika ditanya berhubung pemergian Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah.