Bekas jaguh badminton negara Tan Aik Mong meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati di Pusat Perubatan Subang Jaya di Petaling Jaya dekat sini pada 3.30 petang tadi.
Mendiang berusia 70 tahun.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, berkata badan itu amat dukacita dengan pemergian Aik Mong yang telah melakukan sumbangan besar kepada dunia sukan badminton negara semasa era kegemilangannya pada tahun 1960-an dan 1970-an.
"BAM ingin menzahirkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mendiang Tan Aik Mong atas pemergian seorang insan yang begitu banyak menyumbang kepada BAM dan sukan badminton Malaysia. Mendiang akan begitu dirindui oleh para peminat dan penggiat sukan badminton," katanya.
"Ingatan semua di BAM adalah bersama keluarga, rakan dan orang tersayang Aik Mong pada masa yang sukar ini," katanya.
Aik Mong, adik lelaki kepada seorang lagi jaguh badminton Malaysia iaitu Tan Aik Huang, adalah juara Kejohanan All England dalam acara lelaki perseorangan pada 1966 selain mewakili negara dari tahun 1966 hingga 1975.
Mendiang turut membantu Malaysia meraih gelaran naib juara bagi kejohanan Piala Thomas pada 1970 yang berlangsung di Kuala Lumpur selain merangkul dua pingat perak dalam Sukan SEAP 1973 (kini dikenali sebagai Sukan SEA) di Singapura.
Pencapaian terbesar mendiang Aik Mong ialah merangkul pingat emas dalam acara lelaki perseorangan pada Kejohanan Badminton Asia 1971 di Jakarta.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu turut memegang pelbagai jawatan dalam BAM termasuk sebagai Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat badan tersebut pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
Mendiang berusia 70 tahun. - Foto BERNAMA
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol
Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, hari ini.
Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia menundukkan pemain Thailand Kantaphon Wangcharoen dalam perlawanan suku akhir hari ini.
Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
Cheah Liek Hou berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
Zii Jia kembali jalani latihan di ABM
Lee Zii Jia antara pemain yang kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, yang sebelum ini ditutup susulan penularan wabak COVID-19 dikesan di lokasi berkenaan.
Radio ERA reka lagu istimewa buat hari jadi Lee Zii Jia yang ke-23
Zii jia anak jati kelahiran Kedah itu kini secara rasminya meningkat usia 23 tahun sejak dilahirkan pada 29 Mac 1998.
Legenda badminton Malaysia Tan Aik Mong meninggal dunia pada usia 70 tahun
Bekas jaguh badminton negara Tan Aik Mong meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati di Pusat Perubatan Subang Jaya di Petaling Jaya dekat sini pada 3.30 petang tadi.
Jaguh beregu badminton negara, Chan Peng Soon lumpuh sebelah muka
Bahagian kiri muka pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon lumpuh akibat penyakit Bells Palsy.
Chong Wei ketuai cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2018
Chong Wei pernah meraih gelaran Terbuka Indonesia pada 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.
Chong Wei 'luar biasa', rangkul Terbuka Malaysia kali ke-12
Jaguh perseorangan negara itu menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas tumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final.
Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records
Filem yang berkisarkan kisah hidup pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.