KULAI: Tindakan seorang lelaki mengancam dan memaki hamun anggota polis mengundang padah apabila ditahan di rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai, dekat sini pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, anggota dari Balai Polis Senai menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Senai Jaya pada jam 9.20 malam dan terserempak lelaki tersebut.
"Suspek yang merupakan warga tempatan menunggang motosikal secara melawan arus serta tidak memakai topi keledar dan terus memecut laju sehingga sampai di sebuah rumah di taman itu.
"Pihak polis kemudian meminta suspek mengeluarkan kad pengenalan untuk tindakan saman namun suspek enggan memberi kerjasama serta mengeluarkan kata-kata kesat malah mengancam anggota polis itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.
Hasil semakan katanya, suspek tidak memiliki rekod lampau berkaitan jenayah atau dadah.
Menurut Beng Yeow, suspek direman tiga hari bermula Rabu selepas Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin membenarkan permohonan reman.
Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda penjara dua tahun, denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 21 2022

Suspek yang mengancam dan memaki hamun anggota polis ditahan di depan rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai, dekat Kulai pada malam Selasa. - Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Warga Perancis pandu mabuk, maki polis didenda RM10,080
Anthony Gilbert Georges Cazals, 29 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Inggeris.

Operator kilang maki polis didenda RM5,450
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, J Daniel, 31, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pengurus pengawal keselamatan didenda RM3,000 halang tugas, maki polis
Dia didakwa menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun pihak polis.

Dua remaja ditahan, muat naik video kata kesat terhadap polis
Dua remaja lelaki ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Khamis lalu.

Peniaga didenda RM90 maki pegawai kanan polis di pusat hiburan
Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pegawai kanan polis, minggu lepas.

Lelaki ancam, maki polis ditahan
Tindakan seorang lelaki mengancam dan memaki hamun anggota polis mengundang padah apabila ditahan di rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai, Kulai.

Tiga wanita didenda kerana maki polis larang main mercun
Mahkamah Majistret di sini, memerintahkan tiga wanita didenda RM80 setiap seorang selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis.

Maki polis, buruh asing ditahan dalam sekatan PKP
Lelaki yang tidak mempunyai lesen memandu dan tiba-tiba berang apabila diarahkan memberhentikan kenderaan.